fbpx

Tiada sebab Zii Jia tidak boleh menjadi juara dunia

BERDASARKAN prestasi semasa, pemain badminton perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia berada di landasan tepat untuk melakar sejarah di Kejohanan Badminton Dunia 2021 di Huelva, Sepanyol pada 19 Disember ini.

Turun selaku pemain pilihan keenam kejohanan dan ranking ketujuh dunia, peluang juara Seluruh England 2021 itu terbuka luas.

Ia selepas ramai pemain terkemuka dunia seperti Kento Momoto dari Jepun, Chou Tien Chen (Taiwan), Shi Yuqi dan Cheng Long (China), Anthony Sinisuka Ginting serta Jonatan Christine (Indonesia) tidak beraksi.

Satu-satunya pencabar utama Zii Jia, 23, pada edisi kali ini adalah Victor Axelsen dari Denmark.

Namun, pemain ranking No. 1 dunia itu tewas mengejut 14-21, 21-9, 21-6 kepada pemain muda Singapura, Loh Kean Yew pada pusingan pertama.

Kini, pemain yang menduduki ranking dunia lebih rendah daripada Zii Jia ialah pemain pilihan ketiga, Anders Antonsen dari Denmark.

Bagaimanapun, Zii Jia tidak boleh memandang rendah kemampuan Kean Yew terutamanya selepas pemain ranking ke-22 dunia itu berjaya menyingkirkan Axelsen.

Nama Kean Yew mula menjadi sebutan dalam kalangan peminat sukan badminton dunia selepas dia merangkul gelaran pertama dalam karier dengan menewaskan Zii Jia pada final Terbuka Hylo di Jerman bulan lalu.

Zii Jia yang baru pulih daripada kecederaan belakang pula memulakan kempen kali ini dengan langkah kanan meskipun terpaksa berhempas pulas untuk menewaskan Jason Anthony Ho-Shuen dari Kanada 21-10, 17-21, 21-11 pada pusingan pertama.

Pada Kejohanan Badminton Dunia 2019, Zii Jia terkandas di suku akhir selepas tewas 12-21, 8-12 kepada Momoto dari Jepun.

Dia mara ke separuh akhir pada penampilan sulung di pentas dunia itu selepas menewaskan Coelho dari Brazil pada pusingan pertama; Lu Guangzu dari China (pusingan kedua) dan Kenta Nishimoto (Jepun) di pusingan ketiga.

Momoto mempertahanan gelaran juara selepas menewaskan Antonsen 21-9, 21-3 pada pentas final.

Namun, juara bertahan dua kali berusia 27 tahun itu menarik diri pada edisi kali ini kerana masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan belakang.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles