KUALA LUMPUR, 18 Jun 2022 – Malaysia di gesa untuk menumpukan fokus kepada usaha untuk mengurangkan kadar merokok di negara dengan memperkenalkan peraturan dan rangka undang-undang yang mampu mengalakkan perokok untuk bertukar kepada produk yang kurang memudaratkan daripada memperkenalkan polisi baharu yang tidak akan berkesan ekoran kadar rokok seludup yang tinggi.
Awal tahun ini, Menteri Kesihatan (KKM) mengumumkan bahawa ia sedang berusaha untuk memperkenalkan larangan penggunaan tembakau dan produk vape bagi sesiapa yang dilahirkan selepas 2005. Selain larangan ini, KKM juga menyatakan hasratnya untuk memperkenalkan pembungkusan kosong dan larangan mempamerkan produk tembakau. Semua langkah ini akan disenaraikan dalam rang undang-undang yang akan dibentangkan di Parlimen pada bulan Julai.
Pankaj Kumar, Pengarah Urusan Datametrics Research and Information Sdn Bhd (DARE), berkata, “Dinamik pasaran akan menjadi sangat mencabar jika langkah-langkah ini dilaksanakan, kedua-duanya dari perspektif ekonomi dan sosial. Hakikatnya, kelaziman merokok di Malaysia kekal mendatar lebih 20% dalam dekad yang lalu, dengan majoriti perokok membeli rokok haram. Pada masa ini, lebih separuh daripada rokok yang dijual di negara ini adalah produk haram yang murah.”
“Jelas, isu sebenar di sini ialah perdagangan rokok haram. Mengurangkan kelaziman merokok di Malaysia tidak akan dapat direalisasikan dengan pembungkusan biasa tanpa memaparkan jenama, paparan produk secara runcit atau pengharaman penggunaan produk oleh orang dewasa masa depan.”
“Sejak dekad lalu, Kerajaan telah pun memperkenalkan pelbagai langkah kawalan tembakau seperti kawalan harga, larangan menyeluruh terhadap pengiklanan dan promosi, pelbagai kenaikan cukai yang tinggi dan amaran kesihatan mengenai pembungkusan. Namun, semua langkah ini tidak mengurangkan kelaziman merokok kerana insiden rokok haram yang tinggi telah menghalang sebarang usaha untuk membendung rokok.”
Menurut Pankaj, negara seperti United Kingdom (UK) dan New Zealand sebaliknya telah mengambil jalan yang berbeza untuk mencapai objektif mereka untuk mengurangkan kelaziman merokok, dan perbezaan utama adalah pendekatan mereka dalam pengurangan bahaya tembakau, yang antara lain menggalakkan perokok untuk beralih kepada produk yang kurang memudaratkan seperti vape.
“UK merupakan salah satu negata dengan kadar merokok terendah di Eropah dan New Zealand juga mengalami penurunan dalam kelaziman merokoknya. Ini berikutan pendekatan mereka dalam mengamalkan dasar yang menggalakkan perokok beralih kepada vape yang kurang memudaratkan. Statistik dari negara-negara ini menunjukkan peningkatan dalam penggunaan vape dan penurunan dalam insiden merokok yang jelas menunjukkan bahawa strategi pengurangan bahaya tembakau berfungsi.”
Walau bagaimanapun, untuk mencapai matlamat ini, peraturan adalah kunci. “Peraturan untuk produk vape perlu dibezakan daripada produk tembakau. Ia tidak boleh terlalu menyekat dan undang-undang perlu mengambil kira keseimbangan menggalakkan perokok beralih kepada produk yang kurang memudaratkan untuk berhenti merokok sambil pada masa yang sama mengenakan kawalan untuk memastikan produk ini tidak jatuh ke tangan golongan bawah umur.”
“Melalui pendekatan ini, Malaysia secara semula jadi akan melihat menurunan kelaziman merokok seperti negara lain kerana perokok, tidak kira sama ada mereka menghisap rokok yang sah atau haram, akan berhenti merokok dengan bertukar kepada vape,” tambah Pankaj.
Pankaj juga menggesa Kerajaan untuk bergerak pantas dalam memperkenalkan peraturan untuk produk vape kerana pasaran yang tidak terkawal menimbulkan pelbagai kelemahan untuk negara.
“Tahun lepas, Kerajaan Malaysia telah mengumumkan rejim percukaian untuk produk vape semasa Belanjawan 2022 yang telah digantung sejak awal tahun ini, sementara menunggu rang undang-undang baharu. Setahun kemudian, kita kini sedang bersiap untuk Bajet 2023 namun tiada kemajuan positif mengenai peraturan vape. Situasi ini merugi kerana pengguna terus menggunakan produk tidak terkawal, industri kekal tidak terkawal, manakala Kerajaan tidak dapat mengutip hasil cukai walaupun produk ini boleh didapati di pasaran,” kata Pankaj.