fbpx

Chelsea singkir Tuchel

THOMAS Tuchel dipecat susulan kekalahan mengejut 1-0 Chelsea kepada Dinamo Zagreb dalam saingan Liga Juara-Juara pagi tadi.

Pemilik baharu Chelsea, Todd Boehly mengambil tindakan pantas untuk menyingkirkan jurulatih dari Jerman itu hanya selepas tujuh perlawanan musim ini, dan 100 hari dalam tempoh pentadbirannya selepas menggantikan Roman Abramovich.

Chelsea berada di tangga keenam dalam Liga Perdana dan Tuchel disingkirkan beberapa jam selepas kekalahan mereka di Croatia, perlawanan ke-100nya sebagai pengurus.

Dalam satu kenyataan Chelsea menulis: “Bagi pihak semua orang di Chelsea FC, kelab ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Thomas dan kakitangannya atas segala usaha mereka sepanjang bersama Kelab.

“Thomas sepatutnya mendapat tempat dalam sejarah Chelsea selepas memenangi Liga Juara-Juara, Piala Super dan Piala Dunia Kelab pada zamannya di sini.

“Memandangkan kumpulan pemilikan baharu mencecah 100 hari sejak mengambil alih kelab, dan sambil meneruskan kerja keras untuk membawa kelab ke hadapan, pemilik baharu percaya ia adalah masa yang sesuai untuk melakukan peralihan ini.

Sportsmail difahamkan bos Brighton, Graham Potter adalah sasaran utama, manakala Mauricio Pochettino yang tidak terikat dengan mana-mana jawatan juga sedang dalam pertimbangan Chelsea. – AGENSI

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles