fbpx

Piala Dunia: Speedy Tigers berdepan ujian getir, sasar suku akhir

SKUAD hoki lelaki kebangsaan diundi dalam Kumpulan C bersama pasukan naib juara edisi 2018 Belanda, New Zealand dan Chile pada saingan Piala Dunia 2023 di Bhubaneswar dan Rourkela, India dari 13 hingga 29 Januari depan.

Laluan The Speedy Tigers berliku kerana selain Belanda, pasukan ranking kelapan dunia, New Zealand dan pasukan sedang meningkat naik, Chile yang melakukan debut pada saingan Piala Dunia kali ini pasti memberi saingan hebat.

Juara bertahan Belgium pula berada dalam Kumpulan B bersama Jerman, Korea Selatan dan Jepun manakala Kumpulan A disertai Australia, Argentina, Perancis dan Afrika Selatan.

Kumpulan D disertai India, England, Sepanyol dan Wales.

Untuk rekod, ini adalah penampilan kesembilan skuad hoki lelaki negara di Piala Dunia.

Pada 1975 di Kuala Lumpur, skuad Malaysian Tigers menamatkan saingan di tempat keempat sebelum berada di tangga ke-10 di Argentina 1978 dan di India 1982.

Malaysia kemudian tidak berjaya melayakkan diri dalam empat edisi seterusnya bermula di England 1986 sehingga Great Britain 1994 dan kembali menyertai saingan di Belanda 1998 dengan penamat di tempat ke-11.

Mereka kemudian memperbaiki pencapaian dengan berada di tangga kelapan di Kuala Lumpur 2022 sebelum meraih tempat ke-12 di Belanda 2014 dan ke-15 di India 2018.

Sementara itu, ketua jurulatih skuad hoki lelaki kebangsaan, Arul Selvaraj menyasarkan pasukan melepasi saingan peringkat kumpulan dan seterusnya mara ke peringkat suku akhir.

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles