fbpx

Manchester United, Arsenal elak bertemu pasukan besar

DUA pasukan dari Perdana Inggeris, Manchester United dan Arsenal mempunyai misi menjuarai kumpulan pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan Liga Europa.

Kemenangan pada perlawanan tersebut bagi memastikan tempat dalam kelompok 16 terakhir sekali gus mengelak aksi play-off yang berlangsung pada Februari.

United akan berkunjung ke Real Sociedad dengan sasaran mencatat kemenangan dengan dua gol atau lebih.

“Kami perlu ke sana dan menang dengan dua gol atau lebih untuk menjuarai kumpulan, jadi kami akan cuba melakukannya.

“Ia adalah misi kami, matlamat kami ketika memulakan kempen ini, untuk menjuarai kumpulan dan ia belum berubah,” kata Marcus Rashford.

Manchester United perlu mencatatkan kemenangan dengan jaringan dua atau lebih.

Pendahulu Liga Perdana Inggeris, Arsenal mendahului saingan kumpulannya dan lebih selesa berbanding anak buah Erik Ten Hag.

Mereka perlu menang di laman sendiri menentang Zurich atau berharap PSV Eindhoven tersungkur di tangan kelab Norway, Bodo/Glimt.

“Ia amat penting kerana kami tidak pernah bermain sekerap ini selepas Piala Dunia.

“Apa saja perlawanan yang boleh dielakkan, ia adalah bonus. Pertama anda dapat mengelak dua perlawanan tambahan, dan satu lagi mengelak pasukan besar,” kata Arteta.

Hanya juara kumpulan akan mara secara automatik ke pusingan kalah mati.

Naib juara akan berdepan aksi play-off yang dilakukan secara timbal balik berdepan salah satu daripada lapan pasukan, termasuk Barcelona yang tercicir dari Liga Juara-Juara.

Setakat ini hanya empat pasukan sudah mengesahkan tempat dalam kelompok 16 terakhir – Real Betis, Union Saint-Gilloise, Freiburg dan Ferencvaros. – AFP

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles