Semoga Farid – Diana dapat selesaikan masalah rumahtangga mereka- Fadzil Zahari

CYBERJAYA: “Saya berdoa mereka capai kata sepakat dan kata putus terbaik.”

Itu jawapan adik Farid Kamil, iaitu Fadzil Zahari mengenai abang dan isterinya, Diana Danielle yang akan memulakan proses rundingan di bawah Jawatankuasa Pendamai (JKP) bagi menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka, esok.

Fadzil berharap Farid dan Diana dapat menyelesaikan semua masalah rumah tangga mereka secara baik.

“Kita tak boleh dengar antara dua pihak sahaja, kita kena pertimbangkan keadaan anak-anak juga. Jadi, apa sahaja keputusan, harus ambil kira semua perkara,” katanya ditemui pada sesi rakaman program Melodi Raya di Luxury Garden Hall di sini, malam tadi.

Pada masa sama, Fadzil yang juga suami kepada pelakon, Yana Samsudin, mengaku terkejut sebaik membaca laporan media mengenai kemelut menimpa rumah tangga abangnya itu.

“Usahkan orang ramai terkejut dengan berita ini, kami sekeluarga pun sama. Sebab tiada apa-apa tanda atau bayangan.

“Jadi kami sampaikan kepada emak sahaja yang menghubungi Kamil agar dia bersabar dan tabah… Kami sentiasa doakan dia,” katanya.

Fadzil berkata, kali terakhir dia berjumpa Farid, kira-kira sebulan lalu.

“Pada pertemuan itu, kami sembang biasa sahaja. Apa yang kami boleh buat, kami sokong dia. Seperti baru-baru ini, dia cakap dia rindu anak-anak. Sebagai adik, saya dan Yana beri kata-kata positif agar dia bersabar,” katanya.

Sementara itu, Yana memberi kata-kata positif dan mendoakan yang terbaik buat Farid dan Diana.

“Dalam kumpulan WhatsApp keluarga pun, kami beri kata-kata positif. Malah, kami tidak sebut pun mengenai perkara itu.

“Apabila orang itu minta nasihat, baru kita cakap, kalau tidak, kita pun tidak mahu memandai-mandai. Jadi, kita sebagai keluarga, jadi sistem sokongan, kami harus beri perkara positif,” katanya.

Pada 10 Mac lalu, Diana atau nama sebenar, Diana Danielle Danny Beeson dilaporkan memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

Alasan diberikan bintang filem Imaginur itu adalah tiada persefahaman, sudah berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan dan tidak dapat lagi hidup bersama sebagai suami isteri.

Bagaimanapun, Farid dilaporkan enggan melafazkan cerai terhadap Diana.

Sehubungan itu, Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan Farid dan Diana menjalani proses JKP.

Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad dan Nur Aurora. (Berita Harian Online)

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles