fbpx

Selangor FC tewaskan Negeri Sembilan 2-1

PETALING JAYA: Pemain pertahanan, Shahrul Nazeem muncul wira apabila jaringannya pada masa kecederaan membolehkan Selangor FC menewaskan Negeri Sembilan 2-1 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sebentar tadi.

Perlawanan berlangsung dengan rancak dengan Selangor FC mendominasi pada babak awal namun, Negeri Sembilan terlebih dahulu berada di hadapan menerusi sepakan penalti selepas Richmond Ankrah menarik Casagrande dalam kotak penalti.

Herold Goulon yang ditugaskan mengambil sepakan penalti tenang menewaskan Khairulazhan Khalid untuk membolehkan Negeri Sembilan masuk ke bilik persalinan dengan bekalan 1-0.

Bersambung babak kedua, anak-anak buah Tan Cheng Hoe menggandakan asakan dan gol penyamaan yang dicari-cari terhasil pada minit ke-58 menerusi pemain lincah, Faisal Abdul Halim yang juga merupakan gol keduanya musim ini.

Bagaikan mendapat gol semangat, Selangor FC terus mengasak Negeri Sembilan dan Mukhairi Ajmal Mahadi hampir meletakkan Gergasi Merah di depan, namun rembatannya pada minit ke-64 sekadar menggegar palang gol ketika Sikh Izhan Nazrel sudah tertewas.

Ketika perlawanan seakan bakal berakhir dengan keputusan seri, Sharul Nazeem yang lebih dikenali dengan geralan ‘Afro’ menggembirakan penyokong skuad Gergasi Merah apabila meledak gol untuk memastikan kemenangan Selangor FC.

Kemenangan itu menyaksikan Selangor mendaki ke tangga kedua liga dengan mengumpul 16 mata, lima mata di belakang pendahulu, Johor Darul Ta’zim (JDT) yang turut mencatatkan kemenangan 5-0 ke atas Perak FC.- (Sumber Utusan Malaysia Online)

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles