Puas Jual Produk Orang, Ibu Tunggal Ini Buat Produk Sendiri Demi Sara 4 Anak

Bergelar ibu tunggal sejak tiga tahun lepas, wanita ini mengakui dia perlu kuat semangat. Apatah lagi dia menjaga empat anak hasil perkahwinannya dahulu. Dengan keadaan ekonomi pada hari ini yang menyaksikan peningkatan harga barang terutama makanan, dia perlu gigih mendapatkan wang demi menyara kehidupan mereka lima beranak.

Atas dasar itu, wanita bernama Hafizah Sabtu, 37, banyak menyertai syarikat yang menawarkan sistem ejen untuk dia memperoleh pendapatan. Hafizah yang selesa dipanggil Feeza mengakui bahawa menyertai syarikat sistem ejen adalah cara mudah untuk mendapatkan duit melalui komisyen jualan. Apatah lagi dia tidak pernah bekerja selama ini kerana menjadi surirumah.

“Sejak remaja, saya memang tidak pernah bekerja. Apabila berpisah dengan suami, saya buntu memikirkan soal duit untuk membesarkan anak-anak. Bukan seorang tapi saya ada empat anak, semuanya lelaki. Saya all out jadi ejen banyak syarikat untuk menjual produk mereka. Bagi saya, itu cara mudah untuk cari duit,” ujar Feeza memulakan bicara.

Feeza juga menyertai banyak kelas dan bengkel yang mengajar soal bisnes terutama bisnes online. Baginya, ilmu sangat penting untuk berbisnes dengan betul. Malah dia turut melabur duit untuk belajar soal digital marketing misalnya TikTok dan Facebook Ads.

Muhammad Afiq bin Mohd Azhan (9), Muhammad Amsyar bin Mohd Azhan (6), Muhammad Arsyad bin Mohd Azhan (11) dan Muhammad Adam bin Mohd Azhan (4).

“Saya sangat terkesan apabila anak nak makan ayam goreng KFC tapi saya tak mampu beli. Saya terpaksa cakap pada anak yang saya belum ada duit. Nanti ada duit, kita beli. Kadangkala, saya belikan satu set dan mereka kongsi makan empat beradik. Menjadi ejen produk bukannya mudah kerana kita kena bersaing dengan ejen-ejen yang lain. Komisyen pun antara 10 hingga 30 peratus sahaja. Jadi saya perlukan banyak masa untuk close jualan dan follow up prospek yang ada. Sebagai ibu tunggal, masa saya banyak uruskan anak dan ada kala tidak cukup masa untuk fokus sepenuhnya kepada bisnes online yang saya buat,” ujar Feeza yang berkurung dalam bilik selama seminggu kerana sedih memikirkan perkahwinan yang berakhir dengan perpisahan.

Pun begitu, Feeza akui banyak muhasabah diri dan percaya segala ujian daripada Allah SWT adalah sesuatu yang dia mampu hadapi. 

“Saya banyak berdoa dan bangkit selepas berpisah dengan suami. Saya jual lip matte secara online. Saya berjaya capai sasaran jualan sebanyak RM10,000 dalam masa tiga bulan pertama. Sebak rasa hati sebab saya tahu itu semua rezeki anak-anak,” ujar Feeza yang berpisah dengan suami ketika anak bungsunya masih menyusu badan.

Feeza gigih menyiapkan bekal untuk anak bawa ke sekolah.

KECEWA DENGAN HQ

Langit tidak selalunya cerah. Itulah yang dihadapi oleh Feeza apabila dia menjual produk orang. Sebagai ejen, nasibnya bagai bergantung kepada syarikat yang selalu dipanggil HQ. 

“Bagi saya, sistem ejen mulai nampak tidak adil apabila HQ mulai giat menjual produk sendiri. Apatah lagi apabila HQ meletakkan pelbagai syarat yang bukan-bukan sehingga menyekat kreativiti dan kebebasan untuk ejen menjual dengan seronok. 

HQ mempunyai bajet beratus ribu ringgit malah mungkin berjuta untuk membuat marketing. Ejen bukannya ada duit untuk buat marketing. Ejen bergantung pada bajet yang sangat sikit. Mana mungkin ejen dapat bersaing dengan marketing HQ. Sudah pasti iklan HQ akan lebih menyerlah dan sekali gus mencaras ejen sendiri. Prospek pasti akan beli melalui HQ secara direct, tidak melalui ejen.

Bagi saya, jika HQ dah ada beribu ejen, janganlah terlalu aktif menjual. HQ sepatutnya fokus untuk mengukuhkan jenama dan meningkatkan kesedaran kepada pelanggan sahaja,” ujar Feeza lagi yang terasa dikhianati apabila HQ syarikat yang disertai terlalu aktif menjual sehingga menyebabkan ramai prospek membeli menggunakan link jualan HQ.

Dalam keadaan emosi yang masih tidak stabil, ditambah pula dengan masalah-masalah berbangkit daripada HQ yang disertainya sebagai ejen jualan, Feeza tetap tidak mengalah. Justeru dia bangkit sekali lagi dengan membuat produk sendiri kerana ‘penat’ melayan kerenah HQ yang baginya tidak profesional.

TAMPIL DENGAN PRODUK SENDIRI

Suka bertudung bawal menjadikan Feeza merasakan semburan pengeras awning tudung sangat diperlukan supaya tampil lebih yakin dengan tudung yang cantik dipakai.

Ramadan 1444 Hijrah, Feeza cabar diri dengan mengeluarkan produk sendiri iaitu FS Hijab Spray. Menggunakan wang simpanan yang masih ada, dia tekad untuk keluar dari zon selesa. Semuanya demi mencari wang untuk menyara anak-anak.

“Saya pilih keluarkan semburan untuk tudung kerana modalnya tidak begitu besar, mudah untuk diposkan seluruh tanah air dan produk ini banyak permintaan. Cabarannya adalah untuk memilih bahan mentah dan membuat design packaging. Satu lagi adalah modal untuk membuat branding dan marketing produk,” ujar Feeza mengakui bukan mudah apabila sudah bergelar pengasas produk.

Jika dahulu dia bergelar ejen produk, kini Feeza telah menjadi pengasas. Dia akui dia perlu bekerja keras untuk memastikan lebih ramai orang mengenali FS Hijab Spray. Feeza sendiri gemar bertudung bawal. Lantas dia yakin peminat tudung bawal pasti memerlukan semburan pengeras awning tudung supaya tampil menawan dengan awning tudung yang cantik terletak ketika dipakai.

“Impian saya adalah nak orang kenal FS Hijab Spray. Saya juga ingin bantu golongan ibu tunggal yang senasib dengan saya untuk dapat duit dengan menjual semburan tudung ini. Insya-Allah pada tahun 2023 ini, akan ada tiga produk di bawah jenama Feeza Sabtu. Semuanya akan berjalan dengan baik,” katanya lagi.

Dijual pada harga RM15 sebotol 100ml. Semburan pengeras tudung ini mendapat sambutan hangat kerana dilancarkan pada bulan puasa dan masyarakat Islam bakal menyambut Aidilfitri. Semburan ini mengeraskan awning tudung menjadikan awning terletak cantik tatkala dipakai. Boleh juga digunakan untuk mencantikkan sisi pakaian misalnya seluar dan kemeja serta uniform sekolah.

“Tidak sampai sebulan dilancarkan, FS Hijab Spray terjual sebanyak 200 botol tanpa saya gunakan iklan berbayar. Hanya promosi melalui facebook page dan facebook personal saya sahaja. Mungkin bagi pengasas produk lain, jumlah ini sangat kecil. Namun bagi saya, 200 botol ini amat besar ertinya bagi saya yang berniaga kecil-kecilan. Saya percaya jenama Feeza Sabtu boleh pergi jauh kerana saya lakukan semuanya demi anak-anak,” katanya.

FS Hijab Spray diasaskan oleh Feeza Sabtu, seorang ibu tunggal dengan empat anak.

KEISTIMEWAAN FS HIJAB SPRAY

– Haruman English Rose.

– Fabrik jadi mudah untuk diseterika.

– Tidak melunturkan fabrik.

– Mengandungi pelembut.

– Antibakteria.

– Antihama.

– Harga mampu milik.

Untuk menjadi ejen FS Hijab Spray, boleh klik link di bawah.

1) Facebook FS Hijab Spray

2) WhatsApp FS Hijab Spray

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles