RichWorks lancar geran RM3juta bantu usahawan ubah strategi bisnes

SHAH ALAM – Bisnes yang berhadapan tekanan akibat perubahan ekonomi semasa perlu melihat kembali strategi perniagaan masing-masing agar cepat keluar daripada kemelut ekonomi yang semakin mencabar mutakhir ini.

Mentor usahawan merangkap Pengerusi RichWorks, Datuk Wira Dr. Azizan Osman berkata, 80 peratus usahawan perlu melakukan perubahan terhadap strategi perniagaan kerana ‘game bisnes’ paska pandemik telah banyak berubah.

“Dalam keadaan mencabar sebenarnya peluang untuk mereka bangkit dan bergerak lebih jauh lagi. Namun tiada siapa boleh bantu ubah bisnes mereka, jika diri sendiri tak nak dan komited untuk mencapai matlamat itu,” ujarnya.

Datuk Wira Dr. Azizan Osman berkongsi pengalaman beliau

Kata Azizan, untuk memberi kompas kepada kejayaan usahawan, RichWorks melancarkan geran bimbingan usahawan bernilai RM3 juta yang dijangka memanfaatkan lebih 6,000 usahawan.

“Klinik usahawan ini ditaja sepenuhnya melalui Geran Bimbingan Perniagaan yang bernilai RM3 juta bagi manfaat seramai 6,000 bangsa usahawan di negara dalam tempoh tiga bulan.

“Pasukan RichWorks akan melakukan 7 tahap analisis bisnes dan memberi cadangan bagaimana untuk mengatasinya. Setakat ini kami klinik ini hanya dibukan di Shah Alam, Selangor, namun usahawan dari luar Lembah Klang boleh menghubungi kami untuk mengikuti sesi melalui dalam talian.

“Inisiatif ini digerakkan selepas kami menerima banyak maklum balas dan perkongsian usahawan di luar sana yang buntu bila berdepan masalah menyebabkan bisnes mereka mula jatuh.

“Jika masalah ini tak ditangani segera, tak mustahil bisnes mereka boleh jatuh dan tersungkur,” katanya ketika majlis Pelancaran Geran Bimbingan Bernilai RM3 Juta sempena Klinik Usahawan: Siri Bina Bisnes Berjaya di Shah Alam pada Jumaat.

Dalam masa sama, Azizan turut mengumumkan program khas, 10x Bina Bisnes Berjaya (10xBBB) untuk bimbing perkembangan bisnes usahawan yang akan diadakan secara langsung di dewan sekitar Lembah Kelang pada 2 dan 3 September nanti.

Datuk Wira Dr. Azizan Osman merasmikan pelancaran geran

Tambah Azizan, meskipun ada usahawan terkesan namun masih ada usahawan lain yang berkembang jauh lebih baik berbanding tempoh sama tahun lalu.

“Inilah yang berlaku kepada sebahagian anak didik RichWorks yang dibimbing ada dari kosong, ada yang bertahun ‘tersangkut’ pada tahap sama berjaya alami pertumbuhan bisnes luar biasa hingga hari ini.

“Klinik usahawan ini akan dibuka selama tiga bulan dengan kos latihan termasuk penilaian perniagaan berserta buku Perjalanan Satu Juta Pertama akan diberikan melalui geran bimbingan,” jelasnya.

Dalam pada itu, Azizan mengulas situasi ekonomi sekarang, sebenarnya seseorang usahawan itu mampu capai jualan RM1 juta pertama dalam tempoh setahun, sebulan, seminggu bahkan sehari bila tahu caranya dalam apa jua keadaan.

Untuk maklumat lanjut, bangsa usahawan boleh layari laman web richworks.com/satujutapertama.

Para usahawan memenuhi dewan

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles