Bojan Hodak sertai Persib Bandung sah tinggalkan KL City FC

KUALA LUMPUR: Pengendali KL City FC, Bojan Hodak tidak lagi akan bersama pasukan itu selepas membuat keputusan untuk melepaskan jawatannya.

Pengumuman itu disahkan menerusi satu sidang media yang berlangsung di Kompleks PKNS dan juga menerusi akaun rasmi pasukan itu, sebentar tadi.

Pengendali dari Croatia itu melepaskan jawatannya selepas mendapat tawaran daripada sebuah kelab luar negara.

Pasukan terbabit adalah dari Indonesia, Persib Bandung yang turut mengesahkan kemasukan jurulatih itu menerusi laman rasminya.

Bojan Hodak berjaya membawa KL City FC menjulang Piala Malaysia 2021 sebelum menjadi naib juara Piala AFC 2022

Sebagai rekod, Hodak berjaya membawa skuad ‘Warga Kota’ mara ke tiga final dalam tiga tahun berturut-turut sejak 2021.

Dia membimbing KL City FC menjulang Piala Malaysia 2021 sebelum menjadi naib juara Piala AFC 2022.

Terbaharu, KL City FC bergelar naib juara Piala FA 2023 selepas tewas 2-0 di tangan penyandang, Johor Darul Ta’zim (JDT), Sabtu lalu. (Sumber Berita Harian Online)

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles