Berjaya pikat juri, Putri Ariani mara ke final AGT

Los Angeles: Penyanyi Indonesia, Putri Ariani berjaya mara ke pentas akhir program America’s Got Talent (AGT) musim baharu pada 26 September ini selepas mendapat tepukan berdiri dan membuatkan Simon Cowell hilang kata-kata menerusi persembahan terbarunya.

Putri, 17, mendendangkan lagu U2 berjudul I Still Haven’t Found What I’m Looking For dengan versi tersendiri sambil duduk bermain piano.

Cowell yang juga juri program itu paling teruja dengan persembahan menakjubkan terbabit serta mengakui sangat bersyukur Putri mencuba nasib untuk musim baharu AGT.

Putri Ariani mendapat pujian dari Simon Cowell

“Saya sebenarnya agak kehilangan kata-kata sekarang. Sungguh indah suara kamu. Versi yang cukup indah. Dan sejujurnya Putri, disebabkan inilah saya masih buat pekerjaan ini.

“Seikhlasnya untuk momen-momen seperti ini. Ia (persembahan) sangat indah,” katanya.

Tiga juri lain iaitu Sofia Vergara, Heidi Klum, dan Howie Mandel juga sangat bersetuju persembahan berkenaan antara yang terbaik pernah mereka saksikan.

Putri adalah antara peserta yang berjaya layak ke peringkat seterusnya selepas mendapat ‘Golden Buzzer’ daripada Cowell di peringkat uji bakat.

Terdahulu, penyanyi yang mempunyai masalah penglihatan itu memukau dunia dengan nyanyian Sorry Seems to Be the Hardest Word sewaktu uji bakatnya. (Sumber Harian Metro Online)

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles