Dakwaan mendera bekas teman wanita, United ambil serius dakwaan terhadap Antony

MANCHESTER: Manchester United hari ini menegaskan, mereka ‘memandang serius’ dakwaan penderaan domestik yang dibuat terhadap pemain sayap, Antony.

Pemain berusia 23 tahun itu telah diketepikan oleh skuad kebangsaan Brazil kelmarin ekoran tuduhan yang dibuat oleh bekas teman wanitanya, Gabriela Cavallin.

“Manchester United sedar mengenai dakwaan yang dibuat terhadap Antony dan tahu bahawa polis sedang menjalankan siasatan.

“Sebagai sebuah kelab, kami memandang serius perkara ini, dengan mengambil kira kesan dakwaan dan laporan terhadap mangsa penderaan.

“Sementara menunggu siasatan lanjut, kelab tidak akan membuat sebagai ulasan,” kata United dalam satu kenyataan.

United bagaimanapun tidak menyatakan sama ada Antony masih tersedia untuk dipilih.

Cavallin menunjukkan luka di kepala yang didakwa menjadi mangsa penderaan Antony

Antony menafikan tuduhan tersebut, dan pada Isnin lalu dia menyiarkan kenyataan di Instagram menyifatkan dirinya sebagai “mangsa tuduhan palsu”.

Penafian itu dibuat selepas laporan akhbar Brazil menyiarkan mesej WhatsApp, kononnya antara Antony dan Cavallin, di mana pemain itu didakwa mengancam bekas pasangannya.

Cavallin juga ditunjukkan dalam satu gambar dengan luka di kepala yang jelas.

Bekas pemain Ajax itu berkata hubungannya dengan Cavallin adalah “kecoh, dengan penderaan lisan di kedua-dua belah pihak”.

Bagaimanapun dia menafikan menyerangnya, sambil menambah: “Saya tidak pernah mengamalkan pencerobohan fizikal.”

United berada di bawah tekanan untuk bertindak memandangkan kes itu menjadi hangat berikutan keputusan kelab untuk berpisah dengan Mason Greenwood.

Penyerang berusia 23 tahun itu telah menghadapi pertuduhan termasuk cubaan merogol dan menyerang, tetapi pendakwa raya mengumumkan pada Februari tahun ini bahawa kes itu telah digugurkan selepas saksi utama menarik diri dan bukti baharu terbongkar. – (Sumber Utusan Malaysia Online)

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles