Gerai MFD jadi tumpuan ramai di Karnival Kebolehpasaran Murid Berkeperluan Pendidikan Khas Peringkat Wilayah Persekutuan

KUALA LUMPUR – Gerai Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) menjadi tumpuan ramai selama dua hari berturut-turut berlangsungnya karnival anjuran  Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan di Datum Jelatek Shopping Centre di sini.

Tumpun ramai pengunjung itu melibatkan para guru, murid-murid berpendidikan khas serta kakitangan kerajaan.

Gerai MFD menjadi tumpuan ramai pengunjung termasuk kalangan ibu bapa, guru-guru dan murid-murid selama dua hari berturut-turut di Datum Jelatek Shopping Centre, Kuala Lumpur.

Kalangan para pengunjung itu antara lain bagi mendapatkan maklumat  lanjut terutama mengenai kursus-kursus bahasa isyarat, selain mahu mendekatkan diri dengan kalangan orang pekak.

Turut berkunjung ke gerai MFD di Karnival Kebolehpasaran Murid Berkeperluan Pendidikan Khas itu ialah Senator Isaiah Jacob yang kemudian menyempurnakan majlis perasmian penutup karnival berkenaan.

Gerai MFD antara lain menawarkan buku nota mengenai bahasa isyarat  bagi memudahkan guru serta murid mempelajarinya.

Sebahagian pengunjung yang hadir pada karnival anjuran Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan di Datum Jelatek Shopping Centre, Kuala Lumpur.

Sementara itu, Isaiah dalam ucapan perasmian penutup berkata, kerajaan sedang menyiapkan pindaan akta yang akan mewajibkan semua syarikat di negara ini mengambil para pekerja orang kurang upaya.

Menurutnya,  akta sedia ada selama ini tidak mewajibkan syarikat-syarikat mengambil pekerja dari kalangan OKU.

“Apabila akta ini siap dan diluluskan, semua syarikat wajib mengambil pekerjaan OKU mengikut peratus yang akan ditetapkan nanti.

“Jika ada syarikat tidak mematuhi pindaan akta berkenaan, tindakan tegas akan dikenakan,” katanya.

Isaiah Jacob (kanan) meluangkan masa melawat gerai MFD di Datum Jelatek Shopping Centre, Kuala Lumpur.

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles