Kem belia pekak: Penuh mencabar, banyak rintangan

GEORGE TOWN – Penuh cabaran dan rintangan, namun semua peserta belia pekak berjaya tempuhi dengan jayanya demi mencapai objektif.

Itulah yang dilalui oleh 44 orang belia kebanyakannya  dari kalangan komuniti pekak pada program Kem Belia Sehati Sejiwa di Kem White Resort, Balik Pulau dekat sini.

Sepanjang kem berlangsung selama tiga hari bermula 30 Mei, para peserta yang datang dari beberapa buah negeri, dilatih dengan pelbagai kemahiran yang mencabar.

Seorang peserta yang menyertai program anjuran Unit Belia Pekak Malaysia dengan kerjasama Unit Belia Pekak Pulau Pinang di Balik Pulau, Pulau Pinang.

Program itu bagi menerapkan budaya kerjasama berkumpulan,  membuka minda, membentuk keyakinan diri, meningkatkan disiplin serta perwatakan diri, di samping menerapkan penampilan lebih baik dan beberapa objektif lain.

Antara acara rintangan yang perlu ditempuhi oleh setiap peserta di Kem White Resort, Balik Pulau, Pulau Pinang.

Antara aktiviti yang diberi penekanan oleh para jurulatih pada kem berkenaan ialah kerja berkumpulan melibatkan berkayak dan rentas halangan.

Tunjuk ajar setiap aktiviti luaran turut diberi terutama yang berkaitan dengan konsep keselamatan serta kerjasama berpasukan.

Para peserta diberi diberi tunjuk ajar mengenai cara berkayak oleh jurulatih.

Kem anjuran Unit Belia Pekak di bawah Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) itu diadakan dengan kerjasama Unit Belia Pekak Pulau Pinang.

Program berkenaan juga secara tidak langsung bertujuan membentuk prinsip serta kesiapsagaan kepemimpinan dalam kalangan belia pekak.

Presiden Unit Belia Pekak Malaysia, Iskandar Mohamad Sazali memberitahu, bermula Jumaat, program terbabit dipenuhi dengan pelbagai pengisian yang secara langsung memberi gambaran betapa pentingnya pengisian masa.

Jelasnya,  ia turut melibatkan pembentukan fizikal melalui gerak senam agar sentiasa sihat serta menguji tahap kefahaman mengenai isu-isu semasa.

Kekuatan fizikal dan mental menjadi antara teras latihan membentuk kepemimpinan golongan belia termasuk komuniti pekak.

Menurutnya, program tersebut telah mencapai objektifnya dan Unit Belia Pekak Malaysia sedang mengatur program-program seumpamanya dengan kerjasama unit belia pekak dari negeri-negeri di seluruh negara, memandangkan terdapat permintaan dari kalangan belia pekak.

Beliau berkata, menjadi harapan golongan belia pekak di negara ini agar semua pihak termasuk swasta dan agensi kerajaan memberikan sokongan penuh seperti tajaan dan sebagainya bagi menjayakan aktiviti komuniti berkenaan.

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles