Larian Bahasa Isyarat Malaysia: Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) sasar 2,000 peserta

KUALA LUMPUR – Larian Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) pada 28 September depan menyasarkan penyertaan 2,000 peserta melibatkan orang pekak dan lain-lain komuniti.

Larian sejauh lima kilometer anjuran Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) itu akan diadakan di pekarangan Giant Bandar Kinrara dekat sini, bermula pukul 7 pagi.

Pengarah Eksekutif MFD, Mohamad Sazali Shaari memberitahu, larian berkonsepkan prihatin masyarakat dan mesra itu antara lain bagi mewujudkan kerjasama dan silaturahim semua komuniti.

“MFD sasarkan 2,000 peserta, melibatkan semua peringkat masyarakat,” katanya.

Di samping itu, mana-mana pihak termasuk syarikat swasta digalakkan menaja program larian berkenaan selain menghantar peserta dari kalangan kakitangan masing-masing menyertainya.

Mohamad Sazali memberitahu, mana-mana syarikat yang memberi tajaan akan diberikan resit pengecualian cukai.

“Ini merupakan antara program terbesar anjuran MFD. Selain medal, peserta juga akan menerima baju T,” katanya.

Orang ramai yang berminat menyertai larian tersebut boleh mendaftar dengan scan QR kod yang tertera pada poster program berkenaan.

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles