KUANTAN – Puteri Sultan Pahang, Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja Tengku Ilisha Ameera binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin al-Mustafa Billah Shah akan menyertai Kejohanan Badminton Piala Tengku Ilisha 2.0 pada 27 Julai depan.
Kejohanan badminton tertutup antara kejiranan KotaSAS tersebut bakal berlangsung di Dewan Persatuan Badminton Pahang di sini.
Sebanyak 10 pasukan dijangka bersaing dalam merebut Piala Tengku Ilisaha 2.0 itu.
Kejohanan badminton itu lahir sebagai satu usaha untuk menyemarakkan semangat kesukanan dan silaturahim dalam komuniti.
Kejohanan ini dianjurkan oleh Springvale Residences Association (SVRA) dengan kerjasama erat penaja-penaja dan juga rakan promosi seperti Kotasas Badminton Club (KSBC) dan Masjid Imam Ash Shafie KotaSAS (MIASK).
Malah, kemunculan kejohanan ini menjadikannya antara acara sukan komuniti terbesar di daerah ini tahun ini.
Sehubungan dengan itu, orang ramai dijemput hadir memberi sokongan, mencipta gelombang sorakan dan menyaksikan kemunculan bakat-bakat hebat dari kejiranan KotaSAS.