Ceramah Kasih Keibubapaan Digital: Pantau aktiviti anak-anak guna gajet, elak jadi mangsa ‘scammer’

PUCHONG  – Aktiviti ‘scammer’ harus ditangani segera dan sehubungan itu perlu ada kesedaran dari ibu bapa terutama dalam memantau anak-anak yang kerap menggunakan gajet dan media sosial.

Dalam hal ini, kalangan ibu bapa dan anak-anak pekak juga tidak terkecuali kerana terdapat kes di mana mereka turut menjadi mangsa penipuan.

Untuk mewujudkan kesedaran, lebih 40 orang dari kalangan orang pekak hadir pada ceramah ‘Kasih Keibubapaan Digital’ di pejabat Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) di sini.

Ceramah disampaikan oleh Pegawai Penerangan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Khuzailah Affandi itu berjaya  memberi kesedaran mengenai pentingnya pengawalan serta pemantauan  terhadap aktiviti anak-anak terutama dalam penggunaan gajet.

Turut hadir, Presiden Persatuan Ibu Bapa dan Penjaga Anak-anak Pekak Kuala Lumpur, Mohafaizal Mohammad.

Menurut Khuzailah, terdapat kes-kes di mana anak-anak terjebak atau ditipu oleh ‘scammer’ menyebabkan mereka diugut hingga terpaksa membayar ribuan ringgit.

“Kerana takut, dalam diam-diam mereka membayar kepada ‘scammer’ ribuan ringgit tanpa pengetahuan ibu bapa.

“Selalunya, penipuan ini hanya disedari setelah wang dibayar,” katanya.

Selain itu, beliau juga mengingatkan ibu bapa dan anak-anak agar jangan mudah berkongsi data atau maklumat peribadi mahupun akaun bank.

Menurutnya, ada kes-kes di mana orang ramai membenarkan akaun bank  diguna oleh pihak ketiga semata-mata mendapat bayaran komisen.

“Tanpa disedari, akaun mereka dijadikan ‘Keldai Akaun’ untuk transaksi  wang dari pendapatan yang tidak sah.

“Pihak bank akan memaklumkan transaksi itu kepada pihak berkuasa yang kemudian mengambil tindakan terhadap pemilik akaun. Dengan kata lain, pemilik akaun boleh dituduh bersubahat dengan pihak tidak bertanggungjawab,” katanya.

Di samping itu, katanya, ibu bapa juga harus bersikap tegas terhadap anak-anak terutama apabila anak-anak kerap menggunakan gajet sebelum tidur.

“Dalam hal ini, ibu bapa perlu tegas agar anak-anak dipisahkan dari gajet apabila tiba waktu tidur,” katanya.

Sementara itu, Mohafaizal berharap dari ceramah tersebut, akan timbul kesedaran dalam kalangan ibu bapa untuk memantau segala aktiviti anak-anak.

“Ini adalah penting bagi mengelak anak-anak terjebak dengan perbuatan ‘scammer’,” katanya.

Sebahagian hadirin bergambar pada ceramah Kasih Keibubapaan Digital di pejabat Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD), Puchong, Selangor.

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles