Komuniti pekak bersama orang buta pamer keberanian sertai aktiviti lasak di UPSI Adventure Park

TANJONG MALIM – Menggabungkan komuniti pekak dan orang buta dalam satu aktiviti lasak bukanlah sesuatu yang mudah kerana ia melibatkan bukan sahaja soal keseelamatan, malah memerlukan pemantauan serta tunjuk ajar yang  berkesan serta beberapa perkara lain.

Namun,  semua ini berjaya dilakukan oleh Affin Islamic Bank Berhad yang melibatkan dua komuniti tersebut dalam aktiviti abseiling, flying fox, water confident dan berkayak.

Yakin pada diri sendiri dan berani mencuba aktiviti lasak, itu adalah antara yang dipamerkan oleh komuniti pekak dan orang buta yang menyertai program Affin Islamic Adventure Without Limits di di sini.

Mencuba aktiviti baharu dan lasak, flying fox, juga dapat membentuk jati diri bagi komuniti pekak.

Program sehari suntuk dengan hujan lebat sepanjang hari ini itu tidak menghalang 25 orang pekak menyertai lasak.

Kalangan orang pekak itu didatangkan dari Unit Belia Pekak di bawah Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD).

Para peserta bersedia untuk memulakan aktiviti water confident dan berkayak di UPSI Adventure Park, Tanjong Malim, Perak.

Mereka adalah sebahagian daripada 100 peserta yang terlibat dalam program lasak di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Adventure Park di sini.

Program tersebut juga disertai kakitangan Affin Islamic Bank Berhad, sukarelawan dari MFD, komuniti orang buta bersama sukarelawan mereka dan petugas-petugas UPSI.

Para peserta yang terdiri daripada orang pekak, orang buta dan kakitangan Affin Islamic Bank Berhad, ceria ketika menyertai program lasak di UPSI Adventure Park, Tanjong Malim, Perak.

Turut menyertai aktiviti lasak itu ialah Ketua Jabatan Syariah, Affin Islamic Bank Berhad, Syed Muhammad Syed Mohamad Nasir dan dua Ahli Jawatankuasa Syariah Affin Islamic Bank Berhad iaitu Ahmad Husni Abd. Rahman dan Dr. Azmir Azri Ahmad.

Aktiviti bermula dengan taklimat mengenai perjalanan program selain langkah-langkah keselamatan yang perlu dipraktikkan oleh setiap peserta.

Para peserta mendengar taklimat sebelum memulakan aktiviti lasak.

Para peserta kemudian dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang juga melibatkan bimbingan sukarelawan.

Walaupun hujan lebat sepanjang hari, namun aktiviti abseiling, flying fox, water confident dan berkayak berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

Ini merupakan aktiviti pertama anjuran Affin Islamic Bank Berhad yang menggabungkan orang pekak dan orang buta dalam satu program.

Antara tujuan program ialah mewujudkan persefahaman dan kerjasama antara masyarakat  umum dengan orang kurang upaya (OKU).

Di samping itu, program tersebut juga bagi membentuk keperibadian serta jati diri termasuk keyakinan pada diri sendiri, selain mewujudkan interaksi sesama peserta.

Bagi aktiviti abseiling, selain mewujudkan keyakinan diri serta perlunya peralatan keselamatan, di samping mematuhi setiap tunjuk ajar jurulatih, ia juga bertujuan melahirkan sikap yakin serta berani terutama melibatkan aktiviti dari tempat tinggi.

Manakala  flying fox pula bagi melahirkan insan yang sanggup mencuba aktiviti baharu dengan kepentingan menjaga keselamatan diri.

Bagi water confident dan berkayak, ia mampu memupuk mengenai soal keselamatan diri ketika berada dalam air selain menguji tahap kemampuan  seseorang individu dalam aktiviti lasak.

Sementara itu, kalangan orang pekak dan orang buta yang menyertai program berkenaan berharap Affin Islamic Bank Berhad dapat menerus dan memperluaskan lagi program sedemikian pada masa-masa akan datang.

Bagi mereka, ia bukan sahaja dapat mengeratkan kerjasama dengan pihak bank, malah mewujudkan persafahaman antara orang pekak dan orang buta di samping membentuk jati diri yang lebih berdisiplin.

Dua peserta abseiling mempamerkan keyakinan diri ketika turun dari tempat tinggi di UPSI Adventure Park, Tanjong Malim, Perak.

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles