Graduasi Taska dan Tadika Istika Jaya menghiburkan majlis dengan keletah kanak-kanak pekak

PUCHONG – Jika pelajar universiti berpeluang memakai jubah serta topi graduasi pada majlis konvokesyen, kanak-kanak taska dan tadika juga mempunyai peluang yang sama.

Namun, terdapat kelebihan yang menjadi daya tarikan utama pada majlis graduasi kanak-kanak pekak Taska dan Tadika Istika Jaya di sini, berbanding konvokesyen di universiti-universiti.

Ini kerana keletah yang ditunjukkan oleh mereka sepanjang majlis itu berlangsung.

Dengan jubah yang dibuat khas serta topi graduasi yang kecil, pasti mencuri tumpuan hadirin terutama kalangan ibu bapa serta tenaga pengajar dan pengasuh mereka.

Tambahan pula gelagat serta ragam yang ditunjukkan kanak-kanak tersebut berjaya mencuri tumpuan ramai.

Ini kerana bukan sahaja ibu bapa perlu mengawal keletah kanak-kanak tersebut, malah dibantu pengasuh serta tenaga pengajar kanak-kanak berkenaan.

Inilah yang berlaku pada majlis graduasi kanak-kanak pekak Taska dan Tadika Istika Jaya di dewan pejabat Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) di sini.

Dengan jubah serta topi graduasi merah dan biru, ia bukan sahaja menjadi warna daya tarikan pada majlis graduasi kanak-kanak pekak dari Taska dan Tadika Istika Jaya, malah keletah kanak-kanak tersebut sentiasa menghiburkan hadirin.

Ia melibatkan graduasi tiga kanak-kanak Taska Istika Jaya dan  lapan kanak-kanak Tadika Istika Jaya.

Turut memeriahkan serta mencuri tumpuan pada majlis tersebut ialah penyertaan pelajar-pelajar transit Istika Jaya dengan pelbagai pakaian tradisional.

Pada majlis tersebut, kanak-kanak tersebut menerima sijil graduasi mereka dan yang menariknya setiap sijil tertera gambar mereka yang lengkap berjubah dan bertopi graduasi.

Majlis graduasi itu merupakan acara tahunan anjuran Istika Jaya dan MFD serta sering dinanti-nantikan setiap penghujung tahun.

Pada majlis graduasi itu yang juga sempena sambutan Hari Deepavali, hadir sama ialah Pengarah Eksekutif MFD, Mohamad Sazali Shaari.

MENARIK….Dengan jubah dan topi graduasi yang dipamerkan oleh kanak-kanak pekak.

Turut hadir wakil dari pejabat Ahli Parlimen Subang, Wong Chen; Presiden Persatuan Orang Pekak Islam Malaysia (PRISMA) Aqlam Jafri yang juga mewakili presiden MFD serta wakil kementerian terbabit dan agensi-agensi berkaitan.

Hadiri sama Presiden Persatuan Jurubahasa Isyarat Malaysia (MyASLI), Wan Zuraidah Abu dan timbalannya, Goh Soo Leng.

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles