Tiada sebarang unsur kejadian culik – IPD Gombak

KUALA LUMPUR – Polis Daerah Gombak mengesahkan tiada sebarang unsur kejadian culik membabitkan dakwaan kes cubaan culik di tiga sekolah rendah di Gombak.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Noor Ariffin Mohamad Nasir, berkata pihaknya telah menjalankan siasatan berhubung tiga laporan polis dibuat dua wanita berusia 32 dan 38 tahun serta seorang lelaki berusia 43 tahun.

Katanya, laporan berkenaan menyatakan anak mereka berusia tujuh tahun, manakala dua lagi berusia sembilan tahun mendakwa cuba diculik lelaki tidak dikenali ketika berada di luar sekolah sejak 26 September lalu.

“Susulan tiga laporan polis yang dibuat, polis tidak menemui sebarang unsur cubaan culik.

“Hasil siasatan yang dijalankan mendapati ketiga-tiga kejadian berlaku di hadapan sekolah selepas waktu persekolahan tamat, pada waktu itu keadaan hadapan sekolah dipenuhi dengan bas sekolah serta kenderaan ibu bapa yang mahu mengambil anak mereka.

“Pihak polis mengambil tindakan sewajarnya dengan mengenal pasti saksi-saksi penting membabitkan beberapa individu termasuk pengadu, rakan sekolah mangsa, pengawal keselamatan sekolah, warden lalu lintas, guru besar dan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah serta rakaman kamera litar tertutup (CCTV) Sekolah Agama Rakyat (SAR) KAFA Integrasi At-Tayyibin,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noor Ariffin berkata, semua saksi yang berada di lokasi kejadian pada masa yang didakwa berlakunya cubaan culik mengesahkan tiada sebarang perlakuan kejadian sebagaimana yang dilaporkan.

“Polis Daerah Gombak, menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan berita yang tidak sahih yang boleh mengganggu gugat ketenteraman awam,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya juga meminta orang ramai supaya tidak terpengaruh dengan penyebaran berita palsu dan menularkannya kerana ia boleh didakwa mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles