fbpx

Langgar SOP: Majlis kahwin pasangan selebriti disiasat

28 DIS: Polis membuka kertas siasatan berhubung penularan klip video berdurasi 41 saat membabitkan majlis perkahwinan pasangan selebriti terkenal yang didakwa tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, hasil siasatan polis, majlis membabitkan pasangan selebriti tersebut berlangsung pada 15 Disember kira-kira jam 8.30 malam di sebuah villa di Genting Highlands.

Menurutnya, menerusi klip video itu mendapati tetamu yang hadir tidak memakai pelitup muka serta tidak mengamalkan penjarakan sosial.

“Keadaan tersebut dilihat telah melanggar SOP Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN). Pihak polis akan mengesan dan mengenal pasti kesemua individu yang hadir dalam majlis tersebut.

“Kes disiasat di bawah Perkara 17 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPDPPB) 2021,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, beliau meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung perkara tersebut.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles