fbpx

Tottenham Hotspur sah miliki Rincharlison

PENYERANG Everton, Richarlison melengkapkan perpindahan ke Tottenham Hotspur dengan nilai £60 juta (RM320 juta) sekali gus menjadi rekod pembelian termahal kelab itu.

Pemain berasal dari Brazil itu tiba di London dengan nilai sebanyak £50 juta (RM266.7 juta), namun keseluruhan bayaran tambahan me­nyaksikan nilainya mampu memcecah £60 juta melebihi nilai Tanguy Ndombele yang dibeli pada harga £54 juta (RM288 juta) sebelum ini.

Richarlison, 25, menandatangani kontrak lima tahun dan menjadi pemain keempat menyertai pa­sukan itu pada musim panas kali ini selepas Ivan Perisic, Yves Bissouma and Fraser Forster.

“Kami sangat berbangga untuk mengumumkan bahawa Tottenham Hotspur telah berjaya mendapatkan khidmat Richarlison dari Everton yang menandatangani kontrak selama lima tahun,” kata kelab itu menerusi satu kenyataan.

Kehadiran Richarlison dilihat mampu menambah kekuatan jentera serangan buat Spurs yang sebelum ini bergantung kepada dua mesin gol mereka, Harry Kane dan Son Heung-min.

Pemain itu juga dianggap sebagai pemain sokongan pen­ting buat Kane kerana memiliki pengalaman luas beraksi di Liga Perdana Inggeris apabila sudah membuat 152 penampilan bersama Everton dan meledak 53 gol setakat ini.

Dia juga akan memainkan pe­ranan penting ketika Spurs juga bakal turut bersaing di pentas Eropah apabila layak beraksi untuk Liga Juara-Juara musim depan. – AGENSI

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles