Dari  Perlis ke Pulau Pinang untuk ucap syahadah

GEORGE TOWN – Bagi Lye Oi Thai, 55, tiada yang lebih penting dalam dirinya  melainkan mahu mencari ketenangan hidup setelah mahligai perkahwinan yang didirikan berkecai dua tahun lalu.

Dalam mencari ketenangan tersebut, wanita yang dari berasal dari Kangar, Perlis itu  mendapat tahu mengenai sekumpulan rakan-rakan mualaf berbahasa Hokkien yang tinggal di Pulau Pinang.

Memberanikan diri, Oi Thai mengambil keputusan berhijrah dari Perlis ke Pulau Pinang semata-mata mahu memahami agama Islam.

“Saya dapat tahu ada ramai rakan-rakan mualaf berbahasa Hokkien di Pulau Pinang.

“Setelah bertemu rakan-rakan mualaf dan memahami mengenai Islam, saya secara sukarela mengucapkan dua kalimah syahadah,” katanya memulakan perbualan.

Oi Thai mengucapkan syahadah yang dipimpin Penaung Persatuan Infaq Kebajikan Umah Takaful Pulau Pinang (IKUT), Zolkifly Md. Lazim di sebuah restoran sambil disaksikan rakan-rakan mualaf yang lain.

IKUT merupakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang aktif menyantuni golongan mualaf di Pulau Pinang di bawah program ‘Dakwah Jalanan, Komtar Bersyahadah’.

Oi Thai pernah mendirikan rumah tangga serta mempunyai dua anak perempuan dan seorang anak lelaki berusia 21 hingga 26 tahun.

Menurut wanita itu, selain mahu belajar serta memahami mengenai Islam, dia juga mahu memulakan kehidupan baharu termasuk mencari pekerjaan dan tempat tinggal sesuai.

Sebelum ini, Oi Thai pernah bekerja sebagai tukang gunting rambut.

Mengenai perasaannya sebaik sahaja mengucapkan dua kalimah syahadah, wanita itu memberitahu, hati dan jiwannya tenang.

Sementara itu,  seorang lelaki, Lim Thian Chai, 73, turut mengucapkan syahadah yang di bawah program ‘Dakwah Jalanan, Komtar Bersyahadah’.

Menurut  lelaki yang berasal dari Miri, Sarawak itu, sebelum berhijrah ke Pulau Pinang, dia pernah bekerja sebagai pembantu restoran di Johor selama 20 tahun dan Ipoh selama 30 tahun.

Thian Chai yang pernah mendirikan rumah tangga sebelum berpisah, mempunyai seorang anak lelaki berusia 32 tahun.

“Saya mahu habiskan sisa-sisa hidupnya sebagai seoang Islam. Saya pilih nama baharu, Azhar Lim,” katanya dalam nada tenang selepas mengucapkan dua kalimah syahadah.

Lelaki itu juga berharap mendapat pekerjaan sesuai tanpa perlu bergantung pendapatan dari orang lain.

“Dengan usia yang sudah lanjut ini memang sukar mendapat pekerjaan, namun rakan-rakan mualaf lain dan IKUT terus membantu saya. Harapan saya agar mendapat pekerjaan sesuai,” katanya.

IKUT menguruskan pendaftaran dua saudara baharu itu dengan jabatan agama negeri selain mereka juga akan mengikuti kelas fardu ain termasuk yang dikendalikan dalam bahasa Hokkien.

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles