fbpx

Saintis temui bakteria terbesar dunia

PARIS – Para saintis mendedahkan pada Khamis bahawa mereka telah
menemui bakteria terbesar di dunia di tanah bakau di Kepulauan
Guadeloupe, Caribbean.

Ia sepanjang dua sentimeter daripada keluarga Thiomargarita magnifica
bukan sahaja 5,000 kali lebih besar daripada kebanyakan bakteria
tetapi mempunyai struktur yang lebih kompleks, menurut kajian yang
diterbitkan dalam jurnal Science pada Khamis.

Penyelidik pertama kali melihat filamen aneh dalam sedimen pokok bakau
yang kaya dengan sulfur pada tahun 2009.

Teknik termasuk mikroskop elektronik mendedahkan ia adalah bakteria
organisma tetapi tiada jaminan ia adalah satu sel.

Ahli biologi molekul, Silvina Gonzalez-Rizzo mendapati ia tergolong
dalam keluarga bakteria Thiomargarita.

Namun, percubaan pertama untuk menerbitkan penemuan itu dalam jurnal
saintifik beberapa tahun kemudiannya tidak berjaya.

“Kami diberitahu, (penemuan) itu menarik, tetapi kami kekurangan
maklumat,” kata Olivier Gros iaitu seorang profesor biologi di
Universiti Antilles memberitahu AFP.

Gros berkata, mereka memerlukan imej yang lebih kukuh untuk
menyediakan bukti.

Kemudian seorang penyelidik muda, Jean-Marie Volland, berjaya mengkaji
bakteria itu dengan kerjasama Makmal Kebangsaan Lawrence Berkeley yang
dikendalikan oleh Universiti California.

Dengan sokongan kewangan dan akses kepada beberapa alat terbaik,
Volland dan rakan-rakannya mula membina imej bakteria itu yang sangat
besar.

Ia jelas sangat besar mengikut piawaian bakteria, kata Volland. –
Agensi

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles