fbpx

Mane pemain terbaik Afrika buat kali kedua

PEMAIN sayap Senegal, Sadio Mane dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Afrika buat kali kedua mengatasi penyerang Liverpool, Mohamed Salah dan rakan senegara, Edouard Mendy.

Tonggak serangan Bayern Munich itu yang mendapat undian tertinggi mendedikasikan anugerah ini kepada remaja-remaja di Senegal.

“Saya sangat bertuah dan gembira kerana menerima anugerah ini sekali lagi.

“Terima kasih kepada jurulatih, kelab dan rakan-rakan yang sentiasa bersama ketika susah dan senang,” ujar pemain yang berusia 30 tahun itu.

Untuk rekod, Mane sebelum ini merupakan antara watak penting dalam memacu pasukan bola sepak Senegal untuk meraih kejuaraan Piala Negara-negara Afrika awal tahun ini.

Malah beliau juga dinobatkan sebagai pemain terbaik kejohanan selepas meledak tiga gol buat Senegal.

Sementara itu di peringkat kelab pula, Mane berjaya mencetak 23 gol dalam seluruh pertandingan bersama kelab lamanya Liverpool musim lalu selain berjaya menjulang dua trofi bersama The Reds.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles