fbpx

Pokok teratai terbesar dunia tarik perhatian ramai

POKOK teratai terbesar di dunia dengan kelebaran daun hampir 3.05 meter ditemui tumbuh di Taman Botani Diraja London, baru-baru ini.

Penemuan mengejutkan itu membuatkan teratai spesies baharu jenis Victoria boliviana berkenaan menjadi perhatian ramai.

Sepasukan saintis yang menemui spesies itu memberitahu, tumbuhan berkenaan sudah hidup liar selama 177 tahun dalam taman tersebut yang terletak di Kew, di barat daya London.

Daun teratai gergasi itu tergolong dalam satu daripada tiga genus Victoria itu boleh menyokong berat sekurang-kurangnya 79.8 kilogram (kg).

Bunga teratai berkenaan akan berubah daripada putih menjadi merah muda pada malam hari. Penemuan itu menunjukkan pencapaian yang hebat.

Seperti namanya, ukuran daunnya adalah besar dengan diameter boleh mencapai tiga meter dengan panjang antara tujuh hingga lapan meter.

Permukaan daunnya tampak rata dengan tepian daun menguncup ke atas. Bahagian bawahnya pula ditutupi duri yang membantu menyokong daun menahan beban apabila berada di atas air.

Difahamkan bunga tumbuh hingga berukuran 40 sentimeter dan terjadi selama satu musim dengan bantuan kumbang dari genus Cyvlocephala yang meningkatkan proses pendebungaan bunga.

Anggaran berat setiap daunnya mencecah sehingga 31 kg. Teratai adalah spesies semula jadi bersaiz besar tanpa melalui proses penghibridan.

Ia berasal daripada benih asal tanpa mengalami sebarang proses kacukan.

Bunganya akan mengeluarkan aroma buah seperti nanas pada waktu siang.

Bauan manis ini menarik kumbang mendekati bunga pokok teratai ini. Apabila menjelang waktu malam, bunga akan tertutup dan kumbang yang mendekati bunga akan terperangkap di dalamnya. Bunga ini didebungakan oleh kumbang.

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles