fbpx

Squid Game ‘pecah rekod’ Anugerah Emmy 2022

FENOMENA luar biasa drama bersiri Korea Selatan, Squid Game membawa tuah kepada pelakon, Lee Jung-jae, 50, apabila menjadi pelakon luar negara pertama menang trofi Pelakon Lelaki Utama Terbaik Dalam Drama Bersiri di Anugerah Emmy 2022 yang berlangsung di Microsoft Theater, Los Angeles hari ini.

Kejayaan bersejarah tersebut bukan sesuatu yang mudah berikutan Jung-Jae berdepan saingannya sengit termasuk Jason Bateman menerusi siri Ozark, Brian Cox dan Jeremy Strong (Successio) dan Adam Scott (Severance).

“Terima kasih pengarah berjaya mengangkat masalah hidup realistik yang kita semua hadapi menjadi lebih hidup dengan begitu kreatif di skrin selain skrip serta visual luar biasa,” katanya dalam ucapannya.

Dari kiri: Oh Young-soo, Jung-jae dan Park Hae-soo dalam satu babak Squid Game.

Dia turut berterima kasih kepada pengarah serta pencipta Squid Game, Hwang Dong-hyuk.

Bukan setakat Jung-jae, Squid Game turut cemerlang apabila Dong-hyuk dinobatkan sebagai Pengarah Terbaik Siri Drama pada anugerah berprestij itu.

Dalam pada itu, drama Succession ciptaan Jesse Armstrong dinobatkan sebagai Siri Drama Terbaik, Ted Lasso (Siri Komedi Terbaik), The White Lotus (Siri Pendek Terbaik), manakala Penulisan Terbaik Dalam Siri Drama turut dimenangi Armstrong menerusi Succession.

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles