fbpx

Harimau Malaya buat Thailand gigit jari

MALAYSIA mengejutkan tuan rumah Thailand dengan mara ke final Piala Raja Thailand 2022 selepas merekodkan kemenangan 5-3 menerusi sepakan penalti selepas terikat 1-1 di Stadium Chiang Mai, sebentar tadi.

Dalam aksi tersebut, aksi mantap Malaysia pada separuh masa pertama membuahkan hasil pada minit ke-32 selepas La Vere Corbin Ong menyudahkan hantaran Safawi Rasid untuk meletakkan Malaysia di depan 1-0.

Jaringan tersebut kekal pada separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, Thailand tampil lebih garang namun benteng pertahanan negara tenang mengawal asakan Thailand.

Bagaimanapun, Malaysia beraksi 10 pemain apabila Nor Azam Azih dilayangkan kad kuning kedua di hujung permainan.

Keadaan itu, memberi peluang kepada Pansa Hemviboon mengikat kedudukan sekali gus mengheret perlawanan ke sepakan penalti penentuan.

Kemenangan itu membolehkan skuad Harimau Malaya bimbingan Kim Pan Gon bertemu Tajikistan pada pentas final.

Tajikistan terlebih dahulu menewaskan Trinidad dan Tobago 2-1 pada aksi sebelah petang.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles