fbpx

Kim Kardashian didenda AS$1 juta, promosi mata wang kripto

NEW YORK – Suruhanjaya Bursa dan Sekuriti (SEC) mendenda selebriti Amerika Syarikat (AS), Kim Kardashian AS$1 juta (RM4.65 juta) berkait promosi mata wang kripto.

Model dan juga pelakon itu turut dihalang daripada mempromosikan mata wang kripto selama tiga tahun.

Bayaran itu adalah bagi menyelesaikan kes pendakwaan bahawa beliau mengesyorkan jaminan kripto kepada 330 juta pengikut Instagramnya tanpa menjelaskan bahawa beliau dibayar untuk berbuat demikian.

Bintang realiti televisyen itu juga perlu menyerahkan bayaran AS$250,000 (RM1.16 juta) yang diterima bagi hantaran Instagram mengenai token Ethereum Max, termasuk faedah.

Penyelesaian itu diumumkan oleh SEC semalam.

Pengerusi SEC, Gary Gensler, dalam kenyataannya, berkata penyelesaian Kardashian ‘berfungsi sebagai peringatan kepada selebriti dan orang lain bahawa undang-undang memerlukan mereka mendedahkan kepada umum bila dan berapa bayaran diterima untuk mempromosikan pelaburan dalam sekuriti’.

Gensler juga menggunakan penyelesaian itu sebagai peluang untuk mendidik orang ramai dengan mengeluarkan video jenaka di YouTube yang memberi amaran mengenai kemungkinan perangkap nasihat pelaburan yang diberikan oleh orang kaya dan terkenal.

SEC berkata Kardashian bersetuju untuk bekerjasama dengan siasatan yang sedang dijalankan, walaupun dia tidak memberikan sebarang butiran terperinci mengenai siasatan itu.

Salah seorang peguam untuk Kardashian, Patrick Gibbs, berkata dia bekerjasama sepenuhnya dengan SEC sejak awal lagi dan bersedia untuk melakukan apa saja yang diperlukam untuk membantu SEC dalam perkara itu. – AP

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles