fbpx

Liverpool buat City berputih mata

LIVERPOOL membenam Manchester City 1-0 hasil jaringan Mohamed Salah pada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) sekali gus kekalahan pertama City musim ini.

Skuad Reds 10 mata di belakang City dan 14 mata di berbanding pendahulu Arsenal.

Kemenangan tersebut juga merupakan kemenangan ketiga skuad bimbingan Jurgen Klopp dalam liga.

“Secara peribadi saya gembira bermain untuk merebut gelaran. Saya akan bertarung untuk mendapatkannya, tapi kami perlu lebih fokus dan mengambil satu persatu perlawanan,” kata Salah.

Perlawanan yang berlangsung ‘panas’ itu menyaksikan Klopp dibuang padang pada penghujung aksi apabila dia memarahi pegawai perlawanan kerana enggan memberikan sepakan percuma kepada Salah.

City juga berang terhadap pengadil, Anthony Taylor selepas membatalkan gol Phil Foden pada awal babak kedua selepas melihat rakaman video bantuan pengadil (VAR).

“Ini ialah Anfield,” kata bos City, Pep Guardiola, yang menjadi sasaran balingan duit syiling daripada penonton selepas gol berkenaan dibatalkan.

“Pengadil bercakap dengan pembantu saya saya dan Jurgen sebelum perlawanan dan berkata ‘Hari ini saya tidak akan memberikan kekasaran yang lembut’ dan semua perlawanan akan diteruskan, terus bermain, teruskan, kecuali gol yang kami jaringkan.”

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles