fbpx

Penjara terbesar Myanmar meletup, 8 terbunuh, 13 cedera

YANGON – Sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh, manakala 13 yang lain cedera akibat letupan di penjara terbesar Myanmar, lapor media hari ini.

Menurut portal berita bebas, Myanmar Now, tiga pegawai dan lima pelawat maut di Penjara Insein, di Yangon selepas dua letupan berlaku pada jam 9.40 pagi waktu tempatan berhampiran kaunter bungkusan.

Bagaimanapun, perincian mengenai punca letupan berkenaan masih belum didedahkan.

Media turut melaporkan, polis berada di tempat kejadian dan memeriksa lokasi letupan sebaik insiden berlaku.

Menurut BBC Myanmar, kakitangan penjara dan kurier yang cedera parah telah dipindahkan dari penjara, manakala mereka yang cedera ringan dirawat di kedai berhampiran.

Laporan media turut memaklumkan, beberapa kes yang dijadual dibicarakan di mahkamah bersebelahan dibatalkan susulan insiden letupan berkenaan.

Jurucakap kerajaan pimpinan junta bagaimanapun tidak menjawab panggilan bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan kes itu.

Untuk rekod, Insein adalah penjara paling terkenal di Myanmar dengan ribuan tahanan politik telah dihantar ke fasiliti itu sejak rampasan kuasa dilakukan junta tentera mulai tahun lalu. – REUTERS

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles