fbpx

Barcelona tersingkir buat musim kedua berturut-turut, Bayern kekal mendahului

BARCELONA terus kecewa selepas tersingkir pada pusingan pertama buat musim kedua berturut-turut apabila tewas 3-0 kepada Bayern Munich dalam Kumpulan C Liga Juara-Juara di Camp Nou awal pagi tadi.

Sebelum perlawanan, nasib kelab Catalan itu sudah ditentukan sebelum sepak mula selepas Inter Milan membelasah Viktoria Plzen 4-0 dalam perlawanan awal bagi mengesahkan kemaraan ke kelompok 16 terakhr.

Skuad dari Catalan itu yang akan jatuh ke Liga Europa, mara ke pusingan kalah mati dalam 17 edisi sebelum ini sebelum tersingkir awal di bawah kendalian jurulatih, Xavi Hernandez.

Tuan rumah berharap dapat menyelamatkan sedikit maruah mereka di depan kira-kira 84,000 penonton, namun gol babak pertama Sadio Mane dan Eric Maxim Choupo-Moting menafikan mereka.

Benjamin Pavard menambah satu lagi gol ketika Bayern mencatat kemenangan keenam berturut-turut mengatasi Barca.

“Terima kasih kepada penyokong kerana sokongan tidak berbelah bagi mereka, ada suasana yang menakjubkan, kami perlu mengucapkan terima kasih kepada mereka dan menunjukkan rasa hormat,” kata Xavi kepada Movistar.

“Adalah sesuatu yang mengecewakan apabila kami tidak mampu menunjukkan kepada mereka di padang. Kami perlu tinggalkan Liga Juara-Juara dan berdepan realiti.

“Kami tidak lengkap hari ini, kami tidak mencapai tahap kami. Mereka sangat bagus, lebih baik, lebih mmberi tekanan. Saya yakin tersingkir sebelum perlawanan memberi kesan psikologi kepada kami.”

Bayern yang sudah mengesahkan kemaraan, beraksi tanpa penjaga gol yang cedera, Manuel Neuer, pertahanan Lucas Hernandez dan pemain sayap, Leroy Sane, namun masih menurunkan barisan terkuat. – AFP

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles