fbpx

Harimau Malaya waspada ancaman Laos

SKUAD Harimau Malaya perlu berhat-hati berdepan Laos yang pasti tampil dengan semangat lebih tinggi selepas kalah besar pada aksi pertama.

Pengendali skuad Harimau Malaya, Kim Pan Gon mengingatkan anak buahnya agar jangan leka dan perlu mencari sebanyak mungkin jaringan.

“Sasaran kita adalah untuk menang dan kalau mahu berada di kedudukan teratas, kita perlu mendapatkan perbezaan jaringan yang lebih baik berbanding Vietnam.

“Ini bukanlah satu perkara yang mudah kerana kami perlu menghormati Laos yang pasti tampil dengan semangat lebih tinggi selepas kalah besar pada aksi pertama,” katanya hari ini.

Pan Gon berkata, jika Malaysia mengambil mudah perlawanan ini, ia akan menjadi cabaran yang besar memandangkan Laos turut mempunyai pemain berkualiti yang sudah tentu tidak akan memberi banyak ruang.

“Jadi kita harus kekal fokus dan beraksi pada kualiti yang lebih tinggi bagi mendapatkan keputusan yang positif dan kita perlu uruskan perlawanan ini sebaiknya,” katanya.

Pengendalinya, Micheal Weiss menganggap Malaysia sebagai pasukan yang mampu menjadi pencabar seperti Vietnam dalam Kumpulan B yang turut membabitkan Singapura dan Myanmar.

“Malaysia adalah sebuah pasukan yang berkualiti dan semua pemain mereka adalah berbahaya. Mereka pantas, boleh menggelecek bola dengan baik dan mampu membuat percubaan.

“Jadi kita perlu bertahan dengan lebih baik dan tidak boleh dibolosi awal kerana ia akan menyulitkan kita jika Malaysia berjaya mendapat rentak,” katanya.

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles