Tuhan berpihak kepada kita, SAR ditamatkan 12 tengah hari – Acryl Sani

HULU SELANGOR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani mengakui faktor cuaca dan bentuk muka bumi menjadi cabaran paling besar dalam usaha mencari dan menyelamat (SAR) yang mangsa kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di sini.

Katanya, tiada sebarang masalah timbul untuk menggerakkan aset dan guna tenaga manusia dalam operasi yang digiatkan susulan tragedi di Jalan Batang Kali-Genting Highlands pada 16 Dis lalu itu.

“Tidak ada cabaran melainkan cuaca tetapi Alhamdulillah walaupun berlaku hujan, Tuhan masih berpihak kepada kita secara keseluruhan.

“Jadi, kita kena buat sujud syukur dan doa selamat, pertamanya kerana, dalam usaha kita menyelamat ini, kita kena pastikan petugas SAR selamat,” katanya pada sidang media di lokasi kejadian hari ini.

Hadir sama, Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamad; Timbalan Pengarah JBPM Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail; Panglima 11 Briged, Brigedier Jeneral Fazal Abdul Rahman.

Mengulas lanjut, Acryl Sani berkata sepanjang 10 hari operasi SAR digerakkan, tiada sebarang gangguan daripada badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau orang awam yang hadir ke lokasi kejadian.

Beliau turut meminta pihak berkaitan segera menyemak semula garis panduan aktiviti riadah di lokasi berisiko, termasuk di kawasan cerun dan berhampiran sungai bagi mengelak kejadian sama berulang.

Semantara itu, Acryl Sani turut mengumumkan operasi SAR itu ditamatkan secara rasmi pada jam 12 tengah hari tadi.

Bagaimanapun, katanya, kerja-kerja melibatkan urusan teknikal masih dijalankan oleh jabatan dan agensi berkaitan di lokasi berkenaan.

“Pada jam 12 tengah hari ini pos kawalan tempat kejadian akan ditutup bagi tujuan SAR.

“Sesuai dengan Arahan Majlis Keselamatan Negara No. 20, PDRM (Polis Diraja Malaysia) dalam urusan pengurusan bencana sebagai komander kawalan pos tempat kejadian dan JBPM (Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia) sebagai timbalan komander dan komander mengetuai operasi SAR.

“Maka dengan ini kami bersetuju dan bermuafakat kerja-kerja SAR akan ditamatkan pada 12 tengah hari.

“Manakala urusan teknikal akan diteruskan oleh jabatan seperti Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (Jupem), Jabatan Mineral dan Geologi Sains dan Majlis Daerah Hulu Selangor,” katanya

Seramai 31 mangsa disahkan terkorban dalam tragedi tanah runtuh berkenaan, sementara 61 individu selamat, daripada keseluruhan 92 mangsa yang terlibat.

Mayat terakhir ditemukan pasukan SAR di sektor A pada pukul 4.53 petang semalam di dalam sebuah ‘sleeping bag’, pada kedalaman 1.5 meter.

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles