Pesawah terima RM250 seorang daripada RM60 juta peruntukan BERNAS

KUALA LUMPUR – Seramai 240,000 pesawah di seluruh negara akan menerima Bantuan Khas Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) sebanyak RM250 seorang membabitkan peruntukan RM60 juta.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS), Mohamad Sabu, menjelaskan bayaran yang diterima pesawah bukan RM477 seperti didakwa segelintir pihak.

“Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan ada menerima pertanyaan daripada netizen mengapa bayaran yang diterima oleh pesawah di Kelantan, Terengganu dan Pahang membabitkan 20,958 individu hanya RM250 dan bukan RM477.

“Pengiraan orang ramai, RM10 juta dibahagikan dengan jumlah pesawah di Pantai Timur iaitu seramai 20,598 orang adalah tidak tepat.

“Ini kerana jumlah keseluruhan bantuan yang diterima daripada BERNAS adalah RM60 juta dan jumlah itu perlu dibahagikan dengan 240,000 pesawah di negara ini, menjadikan setiap pesawah menerima RM250 seorang. Harap penjelasan ini dapat memberikan pencerahan kepada semua,” katanya menerusi Facebook, hari ini.

Sebelum ini, Mohamad memaklumkan BERNAS menyalurkan RM10 juta pada 2022 dan ia diberikan kepada pesawah di Kelantan, Terengganu dan Pahang, terlebih dahulu, iaitu selewat-lewatnya 16 Januari depan.

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles