Remaja lelaki lemas di Tasik Cermin

SHAH ALAM – Seorang remaja ditemui lemas selepas mandi bersama enam rakan lain di Tasik Cermin, Setia Alam di sini petang tadi.

Mayat Muhammad Khairil Hamizan Mustapa ditemui kira-kira 4.57 meter dari tebing berhampiran lokasi mereka berenang.

Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor, Datuk Norazam Khamis, berkata anggota bomba dari Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) menemui mayat mangsa dalam keadaan lengkap berpakaian dan tiada sebarang kecederaan pada mangsa.

“Bomba mengambil masa lebih satu jam untuk menjalankan operasi mencari dan menyelamat mangsa sebelum ditemui pada jam 2.14 petang tadi.

“Bomba menerima maklumat, sebelum ke lokasi berkenaan untuk mandi, mangsa dan enam rakan baru selesai mendaki di kawasan berhampiran,” katanya hari ini.

Norazam berkata, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Terdahulu, katanya, bomba menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 12.16 tengah hari tadi sebelum tiba di lokasi pada jam 12.30 tengah hari.

Katanya, kehilangan Muhammad Khairil Hamizan disedari oleh rakannya ketika mandi di tasik itu.

“Mangsa tinggal di Sementa dan bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Kapar Indah, Klang.

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles