Suami isteri terbabit kes letupan didakwa esok

AMPANG JAYA – Pasangan suami isteri yang direman dipercayai terlibat dalam kes kematian seorang tukang masak akibat letupan akan didakwa di Mahkamah Majistret Ampang, esok.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kedua-dua suspek akan dibawa ke mahkamah pada pukul 10 pagi.

“Kedua-dua suspek akan dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kosmopolitan melaporkan, sepasang suami isteri ditahan bagi membantu siasatan berkaitan kes letupan bom sehingga mengakibatkan kematian seorang tukang masak berhampiran sebuah restoran di Jalan Pandan Indah 12/1, di sini, 29 Disember lalu.

Sebelum ini, hasil siasatan awal mendapati motif pembunuhan berpunca daripada masalah peribadi.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi dilaporkan berkata, kedua-dua suspek itu diberkas sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.

Serbuan dijalankan kira-kira pukul 7.20 petang di sebuah taman perumahan, Serdang, Kedah membawa penemuan barangan dipercayai digunakan untuk membuat bahan letupan termasuk mercun bola, alat pemateri, peralatan elektrik, dan beberapa bilah pemotong kertas.

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles