SKUAD hoki negara kini kembali berada di kedudukan ranking ke-10 dunia selepas menewaskan Chile 3-2 dalam saingan Piala Dunia Bhubaneswar-Rourkela, semalam.
Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) mengemas kini mata ranking serta-merta selepas berakhirnya perlawanan tersebut semalam.
Malaysia kini mengumpul 1,863.52 mata manakala New Zealand di tempat ke-9 memperoleh 1,926 mata.
Korea Selatan pula berada di ranking ke-11.
Malaysia dan New Zealand akan bertemu Khamis ini di Bhubaneswar untuk perlawanan terakhir Kumpulan C.
Anak buah Arul Selvaraj berpeluang naik di ranking lebih tinggi sekiranya menang kerana hanya 62.48 mata memisahkan antara pasukan di tangga kesembilan.
Malaysia akan menentang New Zealand dalam perlawanan terakhir kumpulan untuk menentukan lawan selepas ini.