fbpx

Amaran kepala air di 5 sungai, air terjun di Kuala Krai

KUALA KRAI – Lima sungai dan air terjun di Kuala Krai setakat ini dikenal pasti sebagai kawasan perkelahan yang berisiko dilanda fenomena kepala air.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai, Penolong Penguasa Bomba, Nik Ahmad Afsham Nik Pa, berkata antara lokasi terbabit ialah Lata Rek, Lata Berangin, Lata Y, Sungai Kenerong dan kawasan sungai di Chucuh Puteri.

“Saya harap orang awam tidak melakukan sebarang aktiviti di lokasi berkenaan kerana bimbang akan berlaku fenomena kepala air memandangkan hujan lebat yang tidak menentu ketika ini.

“Malah, saya juga tidak menggalakkan orang awam untuk melakukan aktiviti memancing di kawasan berisiko kerana paras air di beberapa sungai utama telah menunjukkan peningkatan,” katanya ketika ditemui di Tangga Krai, di sini hari ini.

Beliau berkata, orang awam perlu peka dengan keadaan sekeliling terutama di kawasan perkelahan dengan mengetahui petanda awal fenomena tersebut seperti bunyi deruan air yang kuat, perubahan air daripada jernih kepada keruh dan air menjadi berbuih serta membawa sampah.

“Pihak kami sentiasa bersiap sedia untuk memberi segala bantuan dan pertolongan sekiranya menerima panggilan daripada orang awam apabila berlakunya perkara tidak diingini di kawasan terlibat,” katanya. – Bernama

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles