Serangan Israel bunuh 15 orang di Syria

BEIRUT – Seramai 15 orang terkorban dalam serangan udara Israel di Syria yang turut merosakkan bangunan di daerah Damsyik yang menempatkan beberapa agensi keselamatan negara, kata kumpulan pemantau perang.

Orang awam, termasuk dua wanita antara yang terbunuh dalam serangan Israel yang paling dahsyat di ibu negara Syria setakat ini, kata ketua pejabat pemantau Syria untuk Hak Asasi Manusia, Rami Abdel Rahman.

Sasaran sebenar serangan tidak diketahui namun AFP melaporkan terdapat kesan kawah besar dan sisa runtuhan serta tingkap bangunan berdekatan turut musnah.

Peluru berpandu lain meletupkan gudang milik pejuang Iran dan Hizbullah pro-rejim berhampiran Damsyik, kata pejabat pemantau yang bergantung pada rangkaian luas sumber di dalam Syria.

Kementerian pertahanan Syria mengesahkan angka awal kematian termasuk seorang askar, dan 15 orang awam yang cedera serta beberapa daripada mereka dikatakan berada dalam keadaan kritikal susulan serangan di Kafr Sousa sejurus selepas tengah malam itu.

“Pada awal pagi, musuh Israel melakukan pencerobohan udara dari arah Bukit Golan menyasarkan beberapa kawasan di Damsyik dan sekitarnya, termasuk kawasan perumahan,” katanya.

“Pasukan pertahanan Syria menembak jatuh beberapa peluru berpandu”, tambah kementerian itu dalam kenyataannya.

Di Tehran, jurucakap kementerian luar Nasser Kanani mengutuk sekeras-kerasnya serangan rejim Zionis terhadap sasaran di Damsyik dan pinggir bandarnya, termasuk terhadap bangunan kediaman tertentu.

“Serbuan itu menyebabkan rakyat Syria yang tidak bersalah mati dan cedera,” katanya.

Serangan terbaru itu berlaku lebih sebulan selepas serangan peluru berpandu Israel menyasarkan Lapangan Terbang Antarabangsa Damsyik, mengorbankan empat orang, termasuk dua tentera.

Serangan 2 Januari lalu melanda kedudukan kumpulan Hizbullah dan pro-Iran di dalam lapangan terbang dan berdekatan, termasuk gudang senjata, kata Observatory pada masa itu. – AFP

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles