fbpx

Haaland cipta rekod jaringan

PEP Guardiola memuji Erling Haaland selepas penyerang itu mencipta rekod gol Manchester City selepas membelasah Bournemouth 4-1 pada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) pagi tadi.

Kemenangan itu terus memberi tekanan buat pendahulu, Arsenal yang turut merekodkan kemenangan 1-0 ke atas Leicester City.

Haaland meledak jaringan ke-27 dalam 24 penampilan EPL, mencipta rekod baharu dalam satu musim buat City apabila mengatasi catatan Sergio Aguero dengan keseluruhan 26 gol pada 2014-15.

Haaland dan Foden menemui jaringan di Stadium Vitality itu selain Julian Alvarez dan gol sendiri pemain pertahanan Bournemouth Chris Mepham memastikan kemenangan bergaya City.

“Memandangkan jumlah perlawanan dan tempoh perjalanan, saya gembira kami dapat bermain secara agresif.

“Serangan kami lebih dinamik dan kami mendapat keputusan yang baik,” katanya.

DGuardiola turut memuji aksi Foden yang memainkan peranan penting mencipta tujuh peluang untuk City dalam perlawanan itu.

“Kami memerlukan Phil, etika kerjanya, matlamatnya dan bantuannya. Langkah demi langkah dia akan kembali dengan prestasi terbai,” katanya.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles