fbpx

Hafizh Syahrin bertekad tempatkan diri dalam kelompok pasukan pengutip mata

World Superbike: Hafizh Syahrin joins MIE Honda 2022 line-up

PELUMBA negara, Hafizh Syahrin Abdullah bertekad menempatkan diri dalam kelompok pasukan mengutip mata dalam baki saingan Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) selepas bermula positif pada Pusingan Pertama di Litar Phillip Island, Australia pada Ahad.

Biarpun begitu pelumba kelahiran Kuala Lumpur berusia 28 tahun itu juga menegaskan dalam proses untuk membentuk keserasian bersama jentera baharu Honda CBR1000 RR-R.

“Pertama kali saya berterima kasih kepada Petronas kerana menaja pasukan MIE Racing Honda pada tahun ini sekali gus menyuntik semangat kepada kami meraih keputusan terbaik setiap perlumbaan.

“Syukur alhamdulillah juga apabila berjaya menamatkan perlumbaan pusingan pertama kali ini dengan satu mata untuk pasukan biarpun saya akui masih bergelut mencari momentum dengan jentera baharu.

“Sejujurnya, azam saya musim ini adalah untuk berada dalam kalangan kelompok pelumba dan pasukan yang mengutip mata setiap perlumbaan,” katanya yang terus mengharapkan doa dan sokongan para penyokong perlumbaan dua roda tanah air tersebut.

Untuk rekod Hafizh Syahrin mengakhiri cabaran pada kedudukan ke-15 di litar sepanjang 4.445 kilometer (km) itu membolehkannya meraih satu mata untuk berada pada kedudukan ke-18 keseluruhan.

Pusingan Kedua daripada 12 kalendar 2023 dijadualkan berlangsung di Litar Mandalika, Indonesia, 3 hingga 5 Mac ini. (Sumber Sinar Harian Online)

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles