Hafidz Roshdi sudah beberapa bulan tidak bayar nafkah anak – Nurul Shuhada

Nurul Shuhada mendedahkan Hafidz sudah beberapa bulan tidak bayar nafkah anak

PETALING JAYA – “Sudah beberapa bulan Hafidz Roshdi tidak bayar nafkah,

Demikian pendedahan isteri kepada aktor Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada mengenai suaminya sudah beberapa bulan tidak membayar nafkah dua anak mereka iaitu Humairah dan Umar.

Menurut pemilik nama penuh Nurul Shuhada Mat Shukri berkenaan, dia terpaksa meminta duit nafkah daripada Hafidz sekaligus menyelar isu tanggungjawab yang dibangkiktkan aktor itu sebelum ini.

“Penjelasan saya bukan ikut skrip dan fakta sebenar. Dia kata jaga kandungan dan akan bertanggungjawab sedangkan nafkah anak pun sudah beberapa bulan tidak bayar.

“Sewaktu raya pun terpaksa minta dan baru bayar. Entahlah apa yang dimaksudkan tentang bertanggungjawab,” katanya dalam sebuah entri Instagram semalam.

Dedahnya lagi, Hafidz tidak bertanya khabar mengenai kesihatan dirinya selepas kandungannya gugur pada 23 April lalu.

“Dia tidak bertanya khabar walaupun tahu saya sudah gugur dan mengalami tekanan.

“Kami sudah bercerai betul tetapi kalau dia benar-benar risau tentang kandungan, sekurang-kurangnya tunjuklah sikap ambil berat dan bukan setakat cerita kepada media,” ujarnya.

Tambah Shuhada, setiap hal yang dituturkan oleh Hafidz mengenai keprihatinannya terhadap kandungan anak ketiga juga tidak selari dengan realiti yang sebenar.

Bahkan, dia menegaskan Hafidz melemparkan pelbagai tuduhan kerean tidak melalui semua yang dihadapi selama ini.

“Apabila Hafidz minta saya menjaga kandungan baik-baik, maaflah sebab tidak sama dengan perkara yang dikongsi ketika awak minta saya tarik balik laporan polis.

“Fakta awak tak sama dengan apa yang awak ceritakan. Mudah bagi awak kerana tidak berada dalam tempat saya. Tidak dikhianati, tidak dipukul dan tak mengandung.

“Hamil bukan proses yang mudah ditambah pula dengan pelbagai tekanan dan saya pula setiap hari berjuang untuk kuatkan semangat,” katanya lagi.

Mengenai dakwaan Hafidz yang belum diberi peluang berjumpa dengan dua anak mereka, Shuhada berkata aktor itu menghantar notis mengenai hal itu ketika pejabat peguamnya sudah bercuti raya.

“Kalau betul ada kesungguhan kenapa kena tunggu? Cara Hafidz gambarkan macam saya sengaja dan mungkin dia cuba nak tunjuk saya tidak baik manakala dia bapa dan lelaki bertanggungjawab.

“Tidak mengapa, saya ada laporan doktor bahawa keguguran sebab tekanan. Biar bukti yang sokong dan bukannya skrip seperti dia reka,” jelasnya lagi.

Dalam perkongsian sama, Shuhada juga berharap Hafidz tidak berlagak seperti mangsa keadaan yang melalui semua pengalaman getir sepertinya sebelum ini.

“Dia tidak rasa akibat perbuatannya sebab saya yang alami semuanya. Berhenti macam dimangsakan.

“Entah apa lagi tindakannya selepas ini. Episod mahkamah syariah yang panjang dan saya hadap sahaja semua,

“Sewaktu kes jenayah bermula, dia nak dapatkan laporan mental sebagai pembelaan. Sekarang ini, macam-macam strategi dan saya hadap serta reda sebab Alla lebih tahu,” uajrnya lagi.

Semalam, Shuhada memaklumkan dirinya disahkan tidak bersalah atas dakwaan menggugurkan kandungan dengan sengaja seperti yang dilaporkan Hafidz kepada pihak polis.

Terdahulu, pada 9 Mei lalu, Hafidz Roshdi mendakwa isterinya, Nurul Shuhada mengugurkan kandungan yang berusia 14 minggu dengan sengaja.

Sehubungan itu, Hafidz, 29, bertindak membuat dua laporan polis atas dakwaan Shuhada menggugurkan kandungan dengan sengaja.

Pada 9 Mei lalu merupakan sebutan pengesahan lafaz cerai antara Hafidz dan Shuhada namun ditangguh pada 20 Jun depan.

Terdahulu, kemelut rumah tangga pasangan itu menjadi topik bualan hangat apabila Shuhada memfailkan perceraian terhadap Hafidz di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 27 Februari lalu selepas mendapat persetujuan kedua-dua belah keluarga.

Sebelum itu, adik Shuhada yang hanya mahu dikenali sebagai Sofia, memaklumkan Hafidz menceraikan kakaknya dengan talak satu menerusi panggilan telefon pada 22 Februari lalu.

Rentetan itu, Shuhada dilaporkan mengalami kecederaan pada bahagian muka selepas didakwa ditumbuk oleh Hafidz dalam sebuah kejadian di Sungai Buloh, Selangor.

Akibat daripada kejadian tersebut, Shuhada yang ditumbuk suaminya sebanyak tiga kali menerima 10 jahitan di bahagian pipi kiri dan bengkak pada mata.

Hafidz dan Nurul Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016. Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar berusia dua tahun. – (Sumber KOSMO! Online)

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles