fbpx

Kenaikan OPR untuk kawal OPR bukan BNM bertindak ‘kejam’

Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunos menafikan Bank Negara Malaysia bertindak kejam naikkan OPR

KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia (BNM) menafikan bertindak kejam kerana menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 3.0 peratus, baru-baru ini.

Sebaliknya, Gabenor BNM Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus menegaskan keputusan tersebut dibuat bagi mengawal inflasi daripada terus melonjak, yang sekali gus akan memberi kesan kepada kuasa beli pengguna.

““Mana lagi kejam kalau inflasi kita di luar kawalan? Kalau inflasi kita naik mendadak, kuasa beli semua orang akan terkesan tanpa mengira anda mempunyai pinjaman atau tidak.

“Jadi kita naikkan OPR kerana kita mahu memastikan ekonomi terus mampan, bukan hanya untuk hari ini tetapi untuk bulan dan tahun-tahun akan datang.

“Kita tidak mahu perkara itu berlaku dan sebab itu kami di sini. Akta bank pusat adalah jelas, di mana mandat kami adalah untuk mempromosikan kemampanan harga dan (situasi) kondusif untuk perkembangan ekonomi,” katanya di sini pada Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika ditanya dakwaan bahawa BNM bertindak kejam dengan menaikkan OPR, dalam sidang media pengumuman prestasi ekonomi Malaysia pada suku tahun pertama 2023.

Pada 3 Mei lalu, Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) BNM mengumumkan OPR meningkat 25 mata.

Bank pusat berkenaan menyatakan kenaikan tersebut akan menyebabkan kadar siling dan lantai OPR masing-masing kini meningkatkan kepada 3.25 peratus dan 2.75 peratus.  (Sumber Sinar Harian Online)

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles