Rakyat Jepun masuk kelas belajar senyum akibat pakai pelitup muka terlalu lama

Kelas belajar senyum di Jepun (Sumber Utusan Malaysia Online)

TOKYO: Selepas memakai pelitup muka di khalayak ramai setiap hari selama lebih tiga tahun, ramai rakyat Jepun kini terpaksa menyertai kelas khas untuk kembali belajar mengukir senyuman tanpa kelihatan janggal.

Senyuman yang dahulunya merupakan tindak balas semula jadi, kini menjadi satu pergerakan yang sukar hingga ramai terpaksa mengambil kelas khusus di mana mereka diajar cara meregangkan dan melenturkan pelbagai otot muka dan leher untuk menyampaikan ekspresi gembira dengan betul.

Kelas pendidikan senyuman standard bermula dengan sesi regangan dan kemudian peserta diminta memegang cermin kecil dan memerhatikan wajah mereka semasa mengikut arahan jurulatih yang mengajar.

Menariknya, kelas pengajaran untuk mengukir senyuman sudah menjadi sebahagian daripada budaya Jepun selama beberapa dekad kerana kesukaran rakyat negara itu menyampaikan perasaan mereka melalui ekspresi wajah.

Pengasas kelas senyuman, Keiko Kawano berkata, dia sudah mengajar kira-kira 4,000 orang dan turut membantu melatih lebih 700 ‘pakar senyuman’ bertauliah sejak memulakan kelas pada 2017.

Namun katanya, permintaan untuk perkhidmatannya meningkat mendadak beberapa bulan lalu selepas sekatan Covid-19 ditarik balik dan orang ramai mula menanggalkan pelitup muka mereka.

Kelas pendidikan senyuman standard bermula dengan sesi regangan dan kemudian peserta diminta memegang cermin kecil dan memerhatikan wajah mereka semasa mengikut arahan jurulatih yang mengajar.

Pakar senyuman, Miho Kitano berkata, sesi senaman senyuman adalah sama seperti melatih regangan otot bahagian badan yang lain.

“Ramai peserta mengadu melihat kedutan di sekeliling mata mereka kerana lebih banyak menggunakan anggota itu untuk mengekspresikan senyuman dan berasa otot wajah mereka semakin lemah atau ‘jatuh’ kerana jarang menggunakannya sebelum ini,” jelasnya. (Sumber Utusan Malaysia Online)

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles