fbpx

Manchester City pertahankan gelaran Juara EPL

Pemain Manchester City ceria meraikan kejayaan mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris

MANCHESTER City meraikan kejayaan mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas menewaskan Chelsea 1-0 melalui gol tunggal oleh Julian Alvarez di Stadium Etihad pada Ahad.

City yang dalam pemburuan mengejar kejuaraan treble dinobatkan sebagai juara EPL selepas pencabar terdekat, Arsenal tewas di Nottingham Forest Sabtu.

Tonggak serangan City, Jack Grealish mengakui pasukan itu sukar untuk dihentikan walaupun pada satu ketika ketinggalan lapan mata di belakang Arsenal pada penghujung Mac lalu.

“Saya tidak mengatakan bahawa kami tidak boleh melakukannya tetapi ia agak sukar. Namun kami mempunyai begitu ramai pemain berkualiti dalam skuad ini dan pada masa ini kami rasa sukar untuk dihalang,” katanya.

City memungut 88 mata daripada 36 perlawanan dengan kelebihan tujuh mata berbanding Arsenal yang masih berbaki satu perlawanan.

Pasukan itu ketika ini menikmati tempoh penguasaan dalam saingan Liga Perdana yang tidak dilihat sebelum ini sejak kali terakhir Manchester United melakukannya dengan memenangi lima gelaran dalam enam musim antara 1996 dan 2001.

Mereka juga dalam usaha untuk menyamai rekod treble United pada 1999 dan itu akan menjadikan City sebagai salah satu pasukan bola sepak Inggeris terhebat.

City akan menentang Manchester United pada perlawanan akhir Piala FA di Wembley pada 3 Jun, kemudian menentang Inter Milan dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara di Istanbul tujuh hari kemudian.

“Saya bagaikan tidak percaya dan sangat gembira. Kenangan yang saya akan ingat sepanjang hidup dan kami telah bekerja keras,” kata penyerang City, Erling Haaland. (Sumber Sinar Harian  Online)

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles