fbpx

Malaysia tewaskan Kepulauan Solomon 4-1

MALAYSIA menampilkan rentak permainan terpuji apabila melakar kemenangan 4-1 ke atas Kepulauan Solomon pada aksi persahabatan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, Terengganu sebentar tadi.

Sebaik wisel permulaan dibunyikan, skuad Harimau Malaya kendalian Kim Pan-gon bermula garang apabila mengatur beberapa gerakan berbahaya ke kubu pasukan lawan.

Bagaimanapun, kubu Harimau Malaya terlebih dahulu dirobek apabila kesilapan penjaga gol, Ahmad Syihan Hazmi menghadiahkan gol buat Kepulauan Solomon menerusi jaringan Raphael Li’ai pada minit ke-11.

Peluang terbaik Harimau Malaya untuk menyamakan kedudukan hadir menerusi sepakan percuma, namun percubaan pemain sayap lincah, Arif Aiman Hanafi sedikit melepasi palang gol.

Faisal Halim mengawal bola dalam aksi persahatan menentang kepulauan Solomon

Harimau Malaya akhirnya berjaya menggegar gawang Kepulauan Solomon hasil rembatan Paulo Josue pada minit ke-40 sebelum Arif Aiman menambah gol kedua menerusi sepakan penalti menuju waktu rehat.

Bersambung babak kedua, Harimau Malaya terus menggandakan usaha menjaringkan gol, namun ketangkasan penjaga gol Kepulauan Solomon, Phillip Mango menafikan setiap peluang yang terhidang.

Kemasukan pemain gantian, Safawi Rasid menambah derita Kepulauan Solomon apabila dia meledak gol ketiga Harimau Malaya hasil satu rembatan menarik pada minit ke-77.

Seorang lagi pemain gantian, Lee Tuck melengkapkan kemenangan bergaya Harimau Malaya apabila menjaringkan gol keempat pada masa kecederaan.

Kemenangan itu dianggap tonik terbaik buat Harimau Malaya sebelum berdepan Papua New Guinea dalam satu lagi aksi persahabatan yang dijadualkan berlangsung di venue sama pada Selasa depan. (Sumber Sinar Harian Online)

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles