Zarina jalani pembedahan bariatrik atas faktor kesihatan

Kuala Lumpur: Pelakon Zarina Zainuddin, 52, memutuskan jalani pembedahan bariatrik berikutan kebelakangan ini dia berdepan masalah kesihatan.

Zarina berkata terdapat perubahan pada tahap kesihatannya selain mengalami sakit pada bahagian tumit dan lutut selain cepat penat serta semput apabila menaiki tangga.

“Selama ini, saya tidak sedar ada macam-macam penyakit. Saya cepat penat dan tumit sakit setiap kali memijak. Baru-baru ini, saya demam hampir seminggu. Biasanya, selepas ambil ubat, dalam dua hari sembuh.

Namun, kali ini, demam berpanjangan. Saya mula risau melihat perubahan kesihatan. Jadi, saya buat pemeriksaan secara menyeluruh,” katanya.

Zarina memutuskan untuk menjalani pembedahan bariatik kerana masalah kesihatan seperti hati penuh lemak, ulu hati longgar disamping bacaan kolesterol yang tinggi

Zarina memberitahu dia juga dikesan doktor memiliki ‘cyst’ pada buah pinggang, hati dipenuhi lemak dan mengembang serta ulu hati longgar menyebabkan berat badan naik mendadak.

“Ini mungkin faktor usia atau proses pramenopaus. Dari berat 51 kilogram (kg), jadi 67 kg. Disebabkan hendak diet agak susah dan selepas dapatkan nasihat doktor, saya pilih pembedahan bariatrik demi kesihatan,” katanya.

Zarina yang menjalani prosedur terbabit di sebuah hospital swasta di ibu negara, semalam berkata bacaan kolestrolnya juga tinggi.

Dia diberitahu doktor dirinya berisiko mengalami masalah saluran darah tersumbat dan boleh diserang angin ahmar.

“Saya tidak sangka tahap kolestrol sangat tinggi. Sebelum ini, mungkin saya makan sahaja sebab sedap. Tidak sangka, dalaman saya teruk.Saya tidak suka lihat diri lemah dan tidak cerdas.

“Saya harap selepas pembedahan, saya kembali cergas dan dan dapat menjalani kehidupan lebih sihat lagi. Jika kurus itu dianggap bonus, saya mohon doa daripada semua agar cepat sembuh,” katanya. (Sumber Harian Metro Online)

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles