fbpx

Wanita tagih hutang dari pemain bolasepak tanah air

Kuala Lumpur: Tular di laman TikTok gambar seorang pemain bola sepak tanah air yang didakwa berhutang dan dituntut melangsaikannya.

Video mengandungi gambar itu dimuat naik seorang pengguna TikTok, hari ini dan sudah meraih lebih 433,000 tontonan.

Menerusi perkongsian itu, wanita berkenaan memuat naik gambar pemain bopa sepak dengan nama penuh berkenaan tertera perkataan ‘orang hutang’.

Turut tertera adalah ayat berbaur pesanan yang menuntut pemain bola sepak berkenaan melangsaikan segera hutangnya.

“Diminta untuk bayar hutang dengan segera. Jangan pandai hutang tak pandai bayar,” tulisnya.

Hantaran di Tik tok yang menimbulkan banyak reaksi netizen yang mendakwa wanita berkenaan ingin publisiti murahan (Sumber Tik Tok)

Di ruangan kapsyen pula, wanita itu mengajukan soalan adakah mereka yang menonton video berkenaan mengenali individu dimaksudkan.

“Saja nak bagi dia lagi famous (terkenal)… korang (anda) kenal tak ni sapa? Kalau kenal sila komen,” tulisnya yang turut meletakkan tanda pagar hutang harus dibayar.

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen termasuk peminat pemain bola sepak berkenaan.

“Mustahil dia berhutang. Dia kaya, pemain bola gaji tinggi,” tulis pengguna TikTok dikenali Fadley.

“Semoga Allah SWT memudahkan urusan cik.

“Sekadar pesanan ikhlas.. menjaga aib sesama Islam lebih mulia, nescaya Allah akan menutup aibmu .. undang-undang saja, ” tulis pengguna TikTok dikenali Mr Zhan. Harian Metro sudah menghubungi wanita berkenaan dan sedang menunggu ulasan lanjut daripadanya bagi mengetahui kisah sebenar. (Sumber Harian Metro Online)

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles