fbpx

Arsenal menang 3-1, tewaskan Liverpool

LONDON: Mikel Arteta memuji Arsenal yang “tiada belas kasihan” ketika mencatat kemenangan penting 3-1 ke atas pendahulu Liga Perdana Inggeris, Liverpool awal pagi tadi yang membantu mencerahkan peluang mereka memburu kejuaraan.

Pasukan tangga kedua kendalian Arteta itu merapatkan jurang kepada dua mata berbanding Liverpool susulan persembahan dinamik di Stadium Emirates dan dibantu oleh salah faham antara penjaga gol Liverpool, Alisson Becker dan pertahanan Virgil van Dijk.

Selepas mendahului menerusi gol awal Bukayo Saka, Arsenal diikat kembali pada lewat separuh masa pertama menerusi jaringan sendiri Gabriel Magalhaes.

Namun Liverpool menghadiahkan Arsenal kemenangan selepas rehat apabila Alisson meluru keluar dari kawasannya untuk menangani hantaran jauh dan gagal menyentuh bola dengan Van Dijk turut gagal memberi reaksi tepat pada masanya ketika Gabriel Martinelli menyepak masuk ke pintu gol yang ternganga.

Konate dilayangkan kad merah

Liverpool kemudiannya menyaksikan Ibrahim Konate dibuang padang pada hujung perlawanan sebelum jaringan Leandro Trossard pada masa kecederaan yang melepasi celah kelangkang Alisson selepas tertampan Van Dijk.

Kekalahan di tangan West Ham dan Fulham dalam liga ketika perayaan Krismas, ditambah tersingkir pada pusingan ketiga Piala FA kepada Liverpool, meningkatkan prospek Arsenal makin merudum.

Namun Arteta sedar mereka berjaya membuka saingan kejuaraan dengan tiga mata berharga itu.

“Kami bertindak kejam apabila kami mempunyai peluang dan ia seperti satu kemenangan besar,” katanya.

Pemain Arsenal meraikan kemenangan Liverpool 3-1

“Ketika ini Liverpool mungkin pasukan terbaik di Eropah dan tahap yang mereka miliki, mereka satu pasukan yang luar biasa.

“Kami sudah mara sejauh ini dan kini perlu melakukannya secara konsisten. Liverpool sudah melakukannya dalam enam atau tujuh tahun.

“Ia memberikan kami momentum dan cara kami melakukannya jelas kami sudah kembali. Saya benar-benar teruja.”

Arteta juga sedar kepentingan untuk mengalahkan Liverpool, yang boleh menjarakkan diri lapan mata di depan jika pulang dari Emirates dengan kemenangan.

“Ia satu perlawanan besar yang akan mengorak di mana kami berada dan ke mana kami akan berada,” katanya.

“Apa yang pemain hasilkan luar biasa. Terutamanya persembahan kami pada babak pertama dan peluang yang kami cipta, cara kami melepaskan gol amat memeritkan.

“Malam ini kami akan menikmatinya kerana kami bekerja keras untuk memenanginya.” – (Sumber Berita Harian Online)

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles